• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 14, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jersi Maradona Tiada Nilai Buat Shilton

oleh Mohd Arshad
07/05/2022
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LONDON : Jersi dipakai Diego Maradona ketika menjaringkan gol “tangan tuhan” dijual pada harga 7.1 juta pound (RM38.3 juta) minggu ini, tetapi Peter Shilton – penjaga gol England ketika itu – berkata jersi berkenaan tiada nilai baginya.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Shilton, 72, berkata dia pasti sudah menghancurkan jersi itu jika dia tahu ia berada di dalam bilik persalinan selepas kekalahan suku akhir Piala Dunia 1986 kepada Argentina.

Maradona melompat dan menumbuk bola menewaskan Shilton pada minit ke-51 sebelum menewaskan lima pemain England untuk gol kedua dan kemenangan 2-1 Argentina pada tahun mereka muncul juara Piala Dunia.

Pemain tengah Steve Hodge, 59, tidak memberitahu rakan sepasukannya yang dia bertukar jersi dengan legenda Argentina itu selepas perlawanan.

“Saya tidak akan bertukar jersi dengan Maradona selepas apa yang berlaku pada hari itu. Saya tidak akan menggunakannya dalam rumah saya, walaupun untuk mencuci pinggan dalam banglo saya.

“Jika saya dan beberapa pemain lain tahu Hodgey mempunyai jersi itu dalam bilik persalinan, sudah pasti ia tidak akan selamat.

“Berdasarkan perlawanan itu, ia pasti dihancurkan – dan saya pasti Hodgey gembira sekarang yang kami tidak melakukannya.

“Dia tahu apa yang dia lakukan apabila merahsiakannya daripada kami. Dia pasti lega kami tidak tahu. Kami amat marah ketika itu.

“Sekurang-kurangnya ada seorang pemain England mendapat keuntungan daripada kekalahan itu,” kata Shilton.

Jersi berkenaan dikatakan dibeli oleh kumpulan dari Abu Dhabi. Usaha Argentina untuk mendapatkan kembali jersi legenda itu tidak berhasil.

“Saya kapten pada hari itu – ia masih terasa sakit hingga sekarang. Saya hanya fokus untuk memenangi Piala Dunia, tidak pernah terfikir untuk bertukar jersi dengan Maradona, tetapi melihat kepada harga ia dijual, patutnya saya tukar.

“Hodgey memang bijak, bagaimana dia boleh terfikir untuk bertukar jersi dengannya selepas Maradona menipu. Saya gembira untuknya. Dia membalas dendam untuk kami,” katanya.

-Berita Harian

Tags: Jersi MaradonaMaradonaShilton
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Mohamad Ezam Kini Ahli Parti Berjasa

Next Post

Ramai Kembali Ke Ibu Kota, Petrol Habis Di Sesetengah Stesen Minyak

Related Posts

Kematian Maradona Didakwa Kerana Ambulans Lambat Tiba

27/11/2020
0

BUENOS AIRES - Peguam yang sentiasa bersama Diego Maradona mengkritik penjagaan terhadap bintang Argentina itu di saat akhir kematiannya. Dakwa...

Maradona Nafi Kritik Lionel Messi

15/11/2018
0

MADRID - Diego Maradona berkata, dia sayang Lionel Messi dan menyatakan adalah tidak benar dia menyerang dengan kritikan terhadap pemain...

Next Post

Ramai Kembali Ke Ibu Kota, Petrol Habis Di Sesetengah Stesen Minyak

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd