• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jadual Sudah Naik Sehari Lebih Awal

oleh AK-47
21/05/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Kuala Lumpur : Tidak hanya memfokuskan kenderaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), malah anggota Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut tidak terlepas dari intipan ‘geng skodeng’ dan tonto upahan.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Berdasarkan risikan wartawan melalui beberapa laman media sosial ‘rahsia’ diwujudkan, kumpulan tonto dikesan aktif menyalurkan maklumat lokasi operasi dan laluan sekatan diadakan polis trafik.

Malah, mereka dengan berani turut mengambil gambar anggota polis trafik yang sedang bersembunyi serta melakukan operasi perangkap had laju di jalan atau lebuh raya seluruh negara.

Ini dibuktikan dengan gambar-gambar anggota polis trafik yang dirakam tonto sebelum dikongsi di laman media sosial.

Berdasarkan penyamaran dilakukan wartawan di media sosial, tonto upahan atau pemandu lori didapati aktif berkongsi mesej amaran berhubung kehadiran polis trafik di sesuatu lokasi ‘panas’.

Maklumat disalurkan terarah kepada sekatan jalan raya, operasi bersepadu dan operasi perangkap had laju membabitkan anggota trafik statik.

Turut diberikan adalah gambar, kedudukan kilometer operasi diadakan dan simbol emoji polis bagi membezakan kehadiran polis dan penguat kuasa agensi lain.

Selain itu, mereka turut memberi saranan dan cadangan kepada pemandu lori berhubung laluan alternatif yang digunakan bagi mengelak bertembung sekatan jalan raya diadakan polis trafik.

Anehnya ada antara maklumat dikongsi kumpulan tonto ini turut memaklumkan jadual operasi polis atau JPJ sehari lebih awal sebelum ia diadakan.

Ini mengundang tanda tanya bagaimana tonto terbabit mampu memperoleh maklumat serta meramalkan operasi penguatkuasaan yang belum dilakukan.

Sebagai contoh maklumat dikongsi adalah ‘esok jam 6 pagi, Operasi Sungai Bakap hala utara’, ‘Operasi R&R Bukit Gantang jam 7 malam ini’ dan ‘esok, pukul 4 pagi, operasi Bukit Merah hala Selatan’.

Perkongsian maklumat ini mencetuskan tanda tanya kepada penulis kemungkinan wujud pembabitan ‘orang dalam’ yang membocorkan rahsia operasi JSPT.

Harian Metro kelmarin mendedahkan aktiviti tonto yang kembali aktif mengekori dan melaporkan pergerakan kenderaan serta anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) 24 jam sehari.

Kewujudan pelbagai aplikasi media sosial dijadikan saluran penyebaran maklumat kedudukan lokasi tepat setiap kenderaan JPJ serta polis trafik lengkap nombor pendaftaran serta bilangan anggota bertugas.

Malah, operasi dilakukan wartawan bersama JPJ Negeri Sembilan mendapati beberapa tonto menaiki pacuan empat roda mengekori kenderaan jabatan sepanjang operasi membanteras lori pasir dilakukan.

Maklumat disalurkan tonto kepada pemandu lori pasir sekitar Nilai, Negeri Sembilan menyebabkan operasi JPJ berkenaan gagal.

‘Syarikat tak untung kalau ikut peraturan’

Syarikat pengangkutan gergasi sanggup mengeluarkan kos tinggi semata-mata untuk membayar gaji kepada tonto upahan berbanding mengeluarkan modal bagi memastikan kenderaan mereka mengikut undang-undang.

Mantan Pengarah Bahagian Kejuruteraan Automotif Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Profesor Datuk Ir Mohamad Dalib berkata, terdapat syarikat yang beranggapan mereka akan mengalami kerugian jika beroperasi mengikut undang-undang.

“Tonto ini dibayar upah oleh syarikat pengangkutan gergasi yang suka melakukan kesalahan. Jika mereka bekerja dengan mengikut peraturan, mengikut kelulusan, mereka dakwa tidak mampu menampung keperluan berkenaan,” katanya semalam.

Beliau berkata, terdapat lompong dalam undang-undang sedia ada menyebabkan tonto memanipulasi kelemahan itu kerana golongan ini juga tahu mereka tidak akan diambil tindakan.

“Tonto mendakwa hanya mengikut atau mengekori kenderaan penguat kuasa dan tidak melakukan sebarang kesalahan. Memang ada peraturan mengenai menghalang tugas awam namun itu tidak memadai.

“Perlu ada satu undang-undang yang spesifik dan tepat bagi memastikan tonto ini boleh dikenakan tindakan berdasarkan bukti yang diperoleh. Jika tidak, peraturan yang sedia ada ini tidak mendatangkan kerisauan kepada mereka,” katanya.

Beliau yang juga pakar automotif dan keselamatan jalan raya berkata, ramai beranggapan tonto hanya wujud di jalan raya bagi memerhatikan pergerakan JPJ atau polis.

“Sebaliknya boleh dikatakan di setiap agensi penguat kuasa lain juga terdapat tonto yang mengintip gerak-geri mereka. Di pelabuhan ada tonto yang mengawasi kastam, di kawasan sempadan pula ada tonto penyeludupan dan jika di laut ada tonto marin serta sebagainya,” katanya.

Tambah beliau, tidak dinafikan kehebatan teknologi komunikasi ketika ini menyebabkan maklumat yang disalurkan tonto kepada pemandu lori sangat pantas.

“Mereka hanya perlukan nama jalan, nombor pendaftaran kenderaan milik penguat kuasa dan informasi berkenaan akan sampai kepada pemandu lori atau apa juga kartel,” katanya.

Sementara itu, Pengarah JPJ Negeri Sembilan, Hanif Yusabra Yusuf berkata, tonto dikesan memperluaskan rangkaian mereka dengan mendapatkan kerjasama daripada pemandu trak tunda dan pemandu lori sendiri untuk berkongsi maklumat setiap gerak-geri anggota penguat kuasa.

Menurutnya, pihak JPJ akan meningkatkan penguatkuasaan terhadap kegiatan tonto dengan bekerjasama dengan agensi lain seperti polis.

“Di peringkat negeri, bahagian penguatkuasaan akan mengeratkan kerjasama dengan agensi lain bagi memastikan kegiatan tonto ini lumpuh.

“Kami juga akan mempelbagaikan kaedah penguatkuasaan bagi memastikan keberkesanan dan tindakan menyeluruh dapat diambil terhadap tonto dan juga pemandu-pemandu yang membawa lebih muatan,” katanya.

-Harian Metro

Tags: JPJJSPTSPRMTonto
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Azam Baki Seru Anggota SPRM  Terus Junjung Integriti, Jangan Goyah Dengan Kritikan Dan Fitnah

Azam Baki Seru Anggota SPRM Terus Junjung Integriti, Jangan Goyah Dengan Kritikan Dan Fitnah

24/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki mengingatkan warga SPRM mesti terus menjunjung...

Exco Terengganu Ditahan SPRM, Arah GLC Ambil Dua Anak Bekerja

Exco Terengganu Ditahan SPRM, Arah GLC Ambil Dua Anak Bekerja

22/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Seorang Exco kerajaan Terengganu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki terlibat dalam salah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd