• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Isu Tak Bai: Polis Kelantan Perketat Kawalan Sempadan

oleh AK-47
26/05/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TUMPAT – Polis Kelantan akan memperketatkan lagi kawalan sempadan Malaysia-Thailand di negeri ini susulan insiden letupan bom dan berbalas-balas tembakan yang berlaku di pekan Tak Bai, wilayah Narathiwat, Thailand pada Rabu malam.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, selain itu pihaknya akan bertukar-tukar maklumat dengan pasukan keselamatan negara berkenaan berkait dengan insiden tersebut.

“Pertukaran maklumat ini penting bagi memastikan segala perancangan dan penugasan serta kawalan sempadan berada pada tahap terbaik.

“Tujuannya, kita mahu tahap keselamatan sempadan di negara ini berada dalam keadaan terbaik dan ketat,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Majlis Rumah Terbuka Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Kelantan di sini pada Khamis.

Hadir sama Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob.

Menurutnya, Polis Kelantan percaya insiden itu tidak mempunyai kaitan dengan aktiviti penyeludupan.

Katanya, siasatan awal mendapati tiada warga tempatan yang terlibat dengan kejadian tersebut.

Dalam perkembangan lain, Muhamad Zaki berkata, sebaik sahaja pintu sempadan dibuka Polis Kelantan terus memperketatkan kawalan.

Katanya, ia melibatkan dua lagi lapisan iaitu sekatan jalan raya (SJR) dan pemeriksaan mengejut di pintu sempadan negari.

Sinar Harian pada Rabu melaporkan, pekan Tak Bai dalam wilayah Narathiwat digegarkan dengan beberapa siri letupan bom selain kedengaran kejadian berbalas tembakan.

Kejadian kira-kira jam 10 malam tadi itu turut didengari dari arah Pengkalan Kubor, Tumpat yang terletak seberang dengan Pekan Tak Bai.

Beberapa video yang dirakam oleh orang awam tular di Facebook menunjukkan api marak selain beberapa lelaki melepaskan tembakan.

-Sinar Harian

Tags: Isu Tak Baikawalan sempadanpolispolis kelantansempadanTak Bai
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

PBM Belum Terima Borang Keahlian Zuraida

Next Post

Peguam Pemerhati Mahu Prosiding Kes Bella Dipercepatkan

Related Posts

Polis Melaka Cadang Kertas Kerja Haram Jualan Vape

Polis Melaka Cadang Kertas Kerja Haram Jualan Vape

27/05/2025
0

MELAKA – Polis Melaka sedang menyiapkan kertas kerja bagi cadangan mengharamkan penjualan rokok elektronik atau vape sebelum dibentangkan kepada kerajaan...

Nahas FRU: Polis Perak Dedah Ada Pihak Cuba Menangguk Di Air Keruh

Nahas FRU: Polis Perak Dedah Ada Pihak Cuba Menangguk Di Air Keruh

27/05/2025
0

GERIK – Polis Perak mendedahkan terdapat pihak yang cuba mengambil kesempatan dengan mengeksploitasi dan memanipulasi waris mangsa anggota Pasukan Simpanan...

Next Post

Peguam Pemerhati Mahu Prosiding Kes Bella Dipercepatkan

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd