• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ibu Bapa B40 Rayu Subsidi Tambang Bas Sekolah

oleh Mohd Arshad
28/05/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Ibu bapa dari golongan berpendapatan rendah (B40) merayu pihak kerajaan memberi subsidi tambang bas bagi menampung perbelanjaan mereka.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Ia susulan daripada beberapa cadangan pihak persatuan bas sekolah yang meminta kenaikan antara antara RM15 hingga RM25 sebulan bagi setiap penumpang.

Menurut seorang jururawat, Fatihah Abu Bakar, 35, segala perkara naik (harga barang) dalam keadaan serentak sangat membebankan.

Ujarnya, dia mencadangkan agar pihak kerajaan bersama pengurusan sekolah mengesan pelajar yang berlatarkan golongan B40 dan ke bawah untuk dibantu dengan memberi subsidi tambang bas.

“Bantuan seperti ini boleh meringankan bebanan keluarga B40 dan ke bawah terutamanya apabila melibatkan lebih dari seorang anak mereka yang perlu menggunakan perkhidmatan bas sekolah,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Kosmo! semalam melaporkan Persatuan Bas Sekolah Selangor Putrajaya Dan Kuala Lumpur bercadang menaikkan tambang antara RM15 hingga RM25 sebulan bagi tampung kos penyelenggaran dan gaji pemandu.

Sementara itu, seorang kerani di syarikat swasta, Nurul Fazilah Samad, 38, meluahkan rasa bimbang mengenai khabar angin tambang bas akan dinaikkan lagi.

“Anak saya tiga orang naik bas, anak sulung 14 tahun dan dua adik kembarnya berusia sembilan tahun, untuk yuran bas sekarang saya perlu peruntukkan RM450 setiap bulan bagi tiga orang anak saya.

“Kalau naik lagi, berapa pula saya kena bayar? pendapatan keluarga saya sekitar RM3,200 sebulan sahaja,” ujarnya.

Bagi pekerja swasta dari Seksyen 24 dari Shah Alam, Faizal Arif, 50, berkata, bagi dia yang mempunyai tiga orang anak isu itu sangat membebankan.

“Semua naik harga dalam masa dua minggu ini, saya rayu kerajaan pertimbangkan subsidi atau insentif bantu B40,” ujarnya.

Sementara itu, majoriti ibu bapa tidak mempunyai pilihan selain daripada terpaksa akur dengan kemungkinan kenaikan tambang bas sekolah anak-anak mereka.

Seorang ibu, Siti Maishara Supaid, 37, memberitahu, dia tidak mempunyai alternatif lain selain menggunakan perkhidmatan bas sekolah kerana dia dan suaminya merupakan pasangan yang be­kerja.

Katanya, walaupun kenaikan tambang itu akan meningkatkan perbelanjaan bulanan keluarga, tetapi perkhidmatan tersebut merupakan satu keperluan buat mereka sekarang ini.

“Saya ada dengar juga cakap-cakap bahawa tambang bas sekolah akan naik tidak lama lagi. Jika benar sekalipun apa pilihan yang saya ada.

“Saya dan suami kedua-dua bekerja, jadi agak sukar untuk kami melakukan urusan menghantar dan mengambil anak-anak di sekolah, apatah lagi mereka menaiki van empat kali sehari.

“Cuma saya berharap pihak berkuasa dapat melakukan sesuatu agar kenaikan itu tidak terlalu besar sehingga menjadi bebanan kepada keluarga khususnya yang mempunyai anak ramai,” katanya yang mempunyai dua orang anak menggunakan perkhidmatan itu untuk ke sekolah kebangsaan dan juga sekolah agama, setiap hari.

Seorang pekerja swasta, Mohd. Kamarul Ishak, 42, memohon agar kenaikan tambang bas ditangguhkan kepada tahun hadapan.

“Tahun ini ramai baru mula kerja baharu lepas hilang kerja dulu, ramai masih bergelut soal gaji bulanan,” ujarnya.

Seorang lagi ibu, Nurdzilah Awaluddin, 36, pula memberitahu, dia masih berkira-kira sama ada mahu terus menggunakan perkhidmatan itu untuk persekolahan anak-anaknya pada masa depan atau tidak.

Hal itu kerana katanya, dua anaknya yang sedang bersekolah rendah menggunakan perkhidmatan itu untuk waktu tengah hari sahaja.

“Urusan hantar anak ke sekolah di sebelah pagi memang saya sendiri hantar, manakala pengambilan pulang di sebelah petang dibuat oleh suami saya selepas dia habis bekerja, terpaksa lah buat begitu, tidak mampu bayar jika naik lagi,” ujarnya.

-Kosmo Online

Tags: B40bas sekolahIbu Bapa B40subsidiTambang Bas Sekolah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Hati-Hati Tafsir Kategori T20, Gaji RM13,000 Di KL Boleh Jatuh Ke M40 B40’

‘Hati-Hati Tafsir Kategori T20, Gaji RM13,000 Di KL Boleh Jatuh Ke M40 B40’

12/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengingatkan berhati-hati dalam mentafsir kategori T20 atau...

“KSP, KSU Kata Tak Mampu Dana Yang Ada Ini Menampung” – PM Anwar

“KSP, KSU Kata Tak Mampu Dana Yang Ada Ini Menampung” – PM Anwar

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan penyelarasan subsidi termasuk menurunkan kuota Budi95 daripada 300 kepada 200...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd