Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Akta Koperasi Akan Dipinda...

KUALA LUMPUR - Bagi memperkasakan agenda koperasi dalam negara, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri,...

Kahwin Bawah Umur Jurus...

KUALA LUMPUR - Sebarang langkah bagi mengekang perkahwinan melibatkan gadis bawah umur adalah...

Regu Negara ‘Berpeluh’ Benam...

PALEMBANG - Malaysia hampir dikejutkan regu Korea Selatan yang memberi saingan sengit pada...

Bayi Perempuan 17 Bulan...

BAYI perempuan berumur 17 bulan di Ireland Utara ini sememangnya istimewa meskipun dilahirkan...

I-Guru Pertimbang Rayuan Keputusan Sekolah Vernakular Sah

KUALA LUMPUR : Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (i-Guru) akan mengadakan perbincangan dengan pelbagai pihak termasuk peguam sebelum mempertimbangkan untuk membuat rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Kota Bharu, semalam yang memutuskan sekolah vernakular adalah sah di sisi Perlembagaan Persekutuan.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Presiden i-Guru, Mohd Azizee Hasan, berkata pihaknya bersedia untuk membawa keputusan itu ke Mahkamah Rayuan namun akan mempertimbangkan setelah mendengar pendapat daripada pelbagai sudut peruntukan undang-undang.

Beliau berkata, ketika ini juga i-Guru menerima keputusan yang diputuskan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Kota Bharu, Datuk Roslan Abu Bakar kerana mereka sudah mengetahui perjuangan untuk membawa isu itu sememangnya melalui jalan yang agak sukar.

“Kita sebenarnya sudah bersedia dengan keputusan berkenaan kerana berdasarkan penghakiman Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 30 Disember tahun lalu juga tidak menyebelahi plaintif. Apa yang dibawa Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Majlis Pembangunan Pendidikan Islam (MAPPIM) dan Gabungan Persatuan Penulis Malaysia (GAPENA) ketika itu ditolak oleh mahkamah.

“Kita juga sudah baca setiap aspek yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan sememangnya ia amat mencabar untuk dicabar pula di Kota Bharu.

“Bagaimanapun, kita mendapati hakim juga bersetuju dengan perjuangan kita dengan membangkitkan mengenai sekolah vernakular tertakluk kepada ‘public authority’ (berkepentingan awam),” katanya kepada BH, di sini hari ini.

Semalam, Mahkamah Tinggi Kota Bharu memutuskan sekolah vernakular adalah sah di sisi Perlembagaan dan Roslan dalam penghakimannya berkata, kewujudan sekolah vernakular mesti dibaca dalam konteks sejarah.


Peguam, T Gunaseelan, yang mewakili Majlis Bahasa Cina, Persatuan Bahasa Tamil dan Gabungan Persatuan Bekas Pelajar Sekolah Tamil sebagai pencelah berkata, berkata hakim tidak memerintahkan kos kerana ia adalah isu berkepentingan awam.

I-Guru itu menerusi Mohd Azizee memfailkan saman terbabit tahun lalu bagi mencabar Seksyen 17 dan 28 Akta Pendidikan.

Pada 30 Disember 2021, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Nazlan Ghazali turut menolak saman sama yang difailkan oleh GPMS, MAPPIM dan GAPENA, yang memohon deklarasi bahawa Seksyen 2, 17 dan 28 Akta Pendidikan, yang membenarkan penggunaan Bahasa Mandarin dan Tamil sebagai bahasa perantaraan utama di sekolah vernakular bercanggah dengan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan.

Mengulas lanjut, Mohd Azizee berkata, isu’public authority’ yang dibangkitkan dalam penghakiman itu perlu difahami oleh semua pihak kerana ia bermaksud kewujudan sekolah vernakular meskipun absah, ia mesti mengikuti perlembagaan dan undang-undang negara.

“Kewujudan sekolah ini perlu mengikuti perlembagaan negara dan tidak boleh menyalahi undang-undang termasuklah mengenai mata pelajaran Bahasa Melayu yang perlu ditekankan dan ditempatkan dengan sewajarnya.

“Melalui penghakiman itu, kita tidak mahu lagi timbul isu pelajar tidak boleh bertutur atau berkomunikasi dengan baik Bahasa Melayu. Dasar dan polisi kerajan perlu diterima sepenuhnya oleh pihak terbabit,” katanya.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori