• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hari Ibu: Beri Perhatian, Kasih Sayang Pada Ibu – PM

oleh Mohd Arshad
08/05/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Bersempena Hari Ibu yang disambut hari ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengingatkan anak-anak agar memberi kasih sayang sepenuhnya kepada ibu ketika mereka masih ada.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Dalam catatan di laman Facebooknya, beliau yang mengucapkan Selamat Hari Ibu berkata, jasa ibu tidak terbalas dan wang ringgit bukan segala-galanya, tetapi kasih sayang dan perhatian memadai menjadi pengubat hati yang penuh kerinduan.

“Tangan yang menghayun buaian mampu menggoncang dunia. Begitulah diumpamakan kehebatan seorang ibu dalam mencorak hidup anak supaya menjadi insan yang berguna dan berjasa dalam pembangunan negara,” katanya.

Ismail Sabri Yaakob turut tidak ketinggalan mengimbau semula kenangan bersama arwah ibunya, Wan Jah Wan Mamat dalam mendidiknya menjadi seorang insan berguna.

Ismail Sabri berkata, ibunya banyak mencorak hidupnya agar dapat menjadi insan yang berbakti kepada seluruh Keluarga Malaysia dan mendidik beliau serta adik beradik dengan penuh kasih sayang.

“Kami anak kampung yang serba kekurangan dan arwah maklah yang menyempurna dan membahagiakan kami dengan cara mak yang tersendiri. Kelembutan dan keikhlasan arwah mak dalam membesarkan anak-anak dengan begitu tabah sekali.

“Terima kasih mak atas segala jasa yang dicurahkan… yang tidak mampu insan bergelar anak membalas jasa mak,” katanya.

Bernama-

Tags: Hari IbuIbuIsmail Sabri Yaakob
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Saya Dilayan Seperti ‘Anjing Kurap’– Ibu Aktres Popular

Saya Dilayan Seperti ‘Anjing Kurap’– Ibu Aktres Popular

12/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Ibu pelakon popular mendakwa dia dilayan seperti 'anjing kurap' oleh darah dagingnya sendiri, sehingga nekad membuat laporan polis....

Ibu Zara Qairina Menitis Air Mata Semasa Proses Pengecaman

Ibu Zara Qairina Menitis Air Mata Semasa Proses Pengecaman

10/08/2025
0

KOTA KINABALU - Noraidah Lamat, ibu kepada Zara Qairina Mahathir, menitiskan air mata melihat wajah anaknya semasa proses pengecaman dibuat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd