• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hanya 4 Komoditi Agromakanan Dimansuh AP

oleh Mohd Arshad
19/05/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA : Hanya empat jenis komoditi agromakanan tertentu tidak lagi dikenakan permit import (AP) atau kelulusan kuota import dan kebenaran mengimport.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Ia melibatkan kubis bulat, kelapa tua biji, ayam (keratan ayam dan ayam bulat) dan susu cair.

Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) memaklumkan, bagaimanapun, AP untuk pengimportan beras masih lagi berkuat kuasa.

Menurutnya, keputusan pemansuhan AP ini adalah sebagaimana diputuskan Jemaah Menteri seperti diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam.

“Walaupun AP tidak lagi diperlukan untuk membawa masuk komoditi agromakanan daripada luar negara, pengimport masih perlu mempunyai Import Permit (IP) bagi tujuan kawalan biosekuriti di pintu-pintu masuk negara.

“Ini untuk memastikan kawalan biosekuriti dan produk yang diimport adalah bebas daripada penyakit dan perosak serta diperoleh daripada loji yang diiktiraf kerajaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, Perdana Menteri mengumumkan keputusan kerajaan memansuhkan ke­perluan lesen import (AP) terhadap bahan makanan, berkuat kuasa serta-merta se­bagai langkah drastik menjamin keselamatan dan bekalan makanan di negara ini.

Dengan pemansuhan keperluan permit itu, ia bermakna sesiapa sahaja boleh mengimport makanan ke negara ini, berbanding kemestian AP.

Dalam pada itu, MAFI berkata, dengan pemansuhan AP ini, semua syarikat adalah dibenarkan mengimport semua komoditi agromakanan tertakluk kepada IP yang dikeluarkan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS).

Katanya, ia beserta syarat-syarat yang tertulis dalam permit selaras dengan subseksyen 11(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728] dan juga akta serta peraturan lain yang berkuat kuasa.

“MAFI akan terus memainkan peranan penting bagi memastikan kelangsungan sektor agromakanan di setiap peringkat rantaian makanan dan supaya rakyat terus mendapat bekalan makanan yang mencukupi, selamat dimakan serta berkhasiat.

“Pada masa sama, kebajikan pengeluar makanan tempatan juga akan terus dipelihara,” katanya.

MAFI berharap dengan keputusan kerajaan ini, bekalan makanan dan sekuriti makanan negara akan terus kekal terjamin bagi kesejahteraan Keluarga Malaysia.

-Utusan Online

Tags: Agromakananap
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Bekas Adun Bersatu Melaka Sertai Amanah

Next Post

Penjara Satelit Ledang Johor Cari Waris Banduan Sedang Nazak

Related Posts

Manifesto BN: Hapus Permit AP Kereta Elektrik

Manifesto BN: Hapus Permit AP Kereta Elektrik

07/11/2022
0

KUALA LUMPUR : Barisan Nasional (BN) mahu menghapuskan permit import (AP) untuk semua jenis kereta elektrik bagi memastikan akses yang...

Skim Insurans Takaful Agromakanan Akan Dilancarkan Masa Terdekat

Skim Insurans Takaful Agromakanan Akan Dilancarkan Masa Terdekat

05/07/2022
0

PUTRAJAYA : Pelaksanaan skim insurans takaful membabitkan bidang agromakanan sedang dalam proses akhir dan dijangka dilancarkan secepat mungkin. Ikuti Mynewshub: Telegram...

Next Post

Penjara Satelit Ledang Johor Cari Waris Banduan Sedang Nazak

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd