• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 5, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Empat Bom Ragut 12 Nyawa Di Afghanistan

oleh AK-47
27/05/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KABUL – Sekurang-kurang­nya 12 orang terbunuh apabila empat butir bom meletup di dalam tiga bas mini dan sebuah masjid di Afghanistan kelmarin, kata pihak berkuasa dengan kumpulan pengganas Daesh mengaku melakukan beberapa serangan tersebut.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Jumlah serangan bom berkurangan sejak kumpulan Taliban merampas kuasa pada Ogos tahun lalu tetapi sebilangan pengeboman berdarah menggegarkan Afghanistan semasa bulan Ramadan tahun ini.

Kelmarin sekurang-kurang­nya 10 orang maut apabila tiga butir bom yang diletakkan di dalam bas mini berasingan meletup di bandar Mazar-i-Sharif, utara Afghanistan, kata seorang pegawai kesihatan dan polis.

“Bom-bom itu diletakkan di dalam tiga buah bas mini di daerah berasingan di Mazar-i-Sharif,” kata jurucakap polis wilayah Balkh, Asif Waziri kepada agensi berita AFP sambil menambah, 15 yang lain cedera.

Ketua Jabatan Kesihatan Balkh, Najibullah Tawana berkata, tiga wanita antara 10 mangsa yang terkorban dalam siri letupan itu.

Beberapa jam selepas letupan berlaku, Daesh mengaku melancarkan serangan ke atas bas-bas mini itu dalam kenya­taan di media sosial.

Sebutir lagi bom meletup di dalam sebuah masjid di ibu kota Afghanistan, Kabul kelmarin dan membunuh sekurang-kurangnya dua orang, manakala 10 yang lain cedera, kata kementerian dalam negeri.

Hospital di Kabul menge­luarkan kenyataan bahawa lima orang terbunuh dalam letupan masjid itu dan 22 mangsa lain cedera.

Menurut kementerian sama, bom itu diletakkan di dalam sebuah kipas angin di masjid berkenaan.

Masih tidak jelas sama ada siri pengeboman kelmarin menyasarkan komuniti ter­tentu.

Berpuluh-puluh orang awam terbunuh di Kabul dan bandar-bandar lain dalam serangan semasa bulan Ramadan yang berakhir pada 30 April lalu di Afghanistan.

Pada 29 April lepas pula, sekurang-kurangnya 10 orang maut di sebuah masjih pengikut Sunnah di Kabul dalam serangan yang menyasarkan komuniti sufi.

Kosmo-

Tags: AfghanistanBommaut
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Menteri Pertahanan Khaled Nordin Ziarah Keluarga Allahyarham Prebet Siti Khadijah

Menteri Pertahanan Khaled Nordin Ziarah Keluarga Allahyarham Prebet Siti Khadijah

28/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin hari ini menziarahi keluarga Allahyarhamah Prebet Siti Khadijah Sungip, antara...

PM Anwar, Wan Azizah Ucap Takziah, Dukacita Insiden Pelajar Sekolah Maut

PM Anwar, Wan Azizah Ucap Takziah, Dukacita Insiden Pelajar Sekolah Maut

19/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail melahirkan rasa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd