• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 14, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Emas, Perak Pertama Jadi Milik Malaysia

oleh Mohd Arshad
09/05/2022
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PINGAT emas pertama kontinjen Malaysia pada Sukan SEA Vietnam 2021 hadir menerusi penerjun sensasi negara, Nur Dhabitah Sabri selepas memenangi acara 1 meter (m) papan anjal individu wanita semalam.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Pada aksi final yang berlangsung di Pusat Akuatik My Dinh itu, Dhabitah menampilkan aksi sempurna untuk mengumpul 290.45 mata keseluruhan selepas melakukan lima terjunan.

Terjunan terbaik atlet berusia 23 tahun itu hadir pada terjunan kedua apabila berjaya mengutip 63.70 mata, sekali gus mengukuh­kan cengkaman dan mencerahkan peluang untuk memenangi acara final tersebut.

Lebih manis, seorang lagi pe­nerjun negara, Kimberly Bong Qian Ping mengiringi Dhabitah di podium apabila memena­ngi pi­ngat perak selepas me­ngutip 230.0 mata keseluruhan, manakala pingat gangsa menjadi milik atlet tuan rumah, Ngo Phuong Mai dengan 224.0 mata.

Sebagai rekod, Dhabitah sudah boleh dianggap sebagai antara atlet terjun elit negara apabila turut memenangi empat pingat emas dalam Sukan SEA sebelum ini pada edisi 2013, 2015, 2017 dan 2019.

Dia turut melakar sejarah tersendiri apabila sudah menjejakkan kaki ke Sukan Olimpik sebanyak dua kali pada edisi Rio 2016 serta Tokyo 2020 menerusi acara 3m papan anjal.

Pada masa sama, kejayaan atlet kelahiran Kuala Lumpur itu menjadi permulaan sempurna buat kem terjun negara yang meletakkan sasaran menyapu bersih lapan pingat emas menerusi sukan tersebut.

Kemenangan itu mampu menjadi tonik terbaik buat Dhabitah menjelang acara seterusnya 10m platform seirama wanita bergandingan dengan ratu terjun negara, Datuk Pandelela Rinong.

-Kosmo Online

Tags: Sukan SEA Vietnam 2021
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

CFA Bakal Pacu Transformasi Digital Sektor Awam

Next Post

Hanya 5 Hari Kemas Kini Data e-Kasih

Related Posts

No Content Available
Next Post

Hanya 5 Hari Kemas Kini Data e-Kasih

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd