• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

EIA Projek Nadir Bumi Mukim Kenering Diketahui 12 Mei

oleh Mohd Arshad
05/05/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH : Status terkini laporan penilaian impak alam sekitar (EIA) bagi projek perintis perlombongan unsur nadir bumi bukan radioaktif (NR-REE) di Mukim Kenering dekat Hulu Perak, dijangka akan diketahui selewat-lewatnya pada 12 Mei ini.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Perak, Rosli Zul, berkata pihaknya dimaklumkan mengenai perkara itu melalui semakan dengan ibu pejabat jabatan itu di Putrajaya yang memproses laporan berkenaan.

“Tarikh tamat piagam bagi mengeluarkan kelulusan EIA projek itu adalah pada 12 Mei tahun ini, jadi selewat-lewatnya pada tarikh itu keputusan mengenainya akan dikeluarkan sama ada meluluskannya atau sebaliknya (ditolak),” katanya kepada pemberita sewaktu sidang media Ops Gempur Pra Raya JAS Perak 2022 di pejabat agensi itu di Bangunan Seri Kinta, di sini.

Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau negeri, Mohd Akmal Kamarudin dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jelapang, Cheah Pou Hian.

Terdahulu, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad, dilaporkan berkata cadangan projek itu tidak akan diteruskan jika projek rintis mengenainya yang dijalankan menemukan impak negatif kepada alam sekitar dan kesejahteraan rakyat.

Sebelumnya, media melaporkan Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) bersama kerajaan Perak menjalin kerjasama membangunkan projek perintis perlombongan NR-REE di mukim Kenering, Hulu Perak sebagai inisiatif memastikan aktiviti perlombongan NR-REE dijalankan secara cekap dan teratur sebelum akan diperluaskan ke negeri lain.

Ditanya mengenai kenyataan oleh Penyelidik Lapangan Sahabat Alam Malaysia, Meor Razak Meor Abdul Rahman tentang kesanggupan kerajaan negeri membayar wang pampasan sekiranya projek itu menghasilkan impak negatif kepada alam sekitar sekaligus projek itu dibatalkan, Mohd Akmal berkata perkara itu harus dirujuk kepada Saarani.

“(Lagipun) benda itu (projek) belum berlaku. Tanggungjawab JAS ialah untuk keluarkan EIA yang mana ia (laporan) masih belum lagi dikeluarkan, jadi selain itu kena periksa dengan yang berkenaan iaitu Yang Amat Berhormat Menteri Besar,” katanya.

Sementara itu mengenai Ops Gempur Pra Raya, Mohd Akmal berkata operasi dijalankan pada 26 April hingga hari ini menumpukan tiga kawasan iaitu di Kawasan Perusahaan Puncak Jelapang Maju, Kawasan Perindustrian Ringan Jelapang, dan Kawasan Perindustrian Meru selepas banyak aduan mengenai pencemaran diterima.

Menurutnya, sebanyak 62 tawaran kompaun dikeluarkan terhadap 22 premis serta kilang yang diperiksa, membabitkan 56 kesalahan di bawah Peraturan-peraturan Buangan Terjadual 2005 manakala enam selebihnya dikeluarkan di bawah Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Perindustrian) 2009.

“Daripada keseluruhan 26 kilang yang diperiksa, 22 daripadanya melakukan kesalahan justeru boleh dikatakan jumlah pematuhan oleh perusahaan kilang itu sendiri adalah rendah iaitu hanya 15 peratus mematuhi arahan yang ditetapkan.

“Tiga kawasan ini dipilih kerana kita mendapat aduan yang tinggi dari masyarakat setempat berkaitan pencemaran udara iaitu bau yang dikesan oleh penduduk sekitar. Dari segi teknikalnya, antara punca bau itu adalah pelepasan dari cerobong asap oleh sektor industri.

“Nilai tawaran kompaun yang dikeluarkan adalah maksimum RM2,000 setiap satu yang mana mereka masih boleh merayu dalam tempoh 30 hari untuk kadar itu dikurangkan lagi,” katanya menambah sebanyak dua kertas siasatan turut dibuka menerusi hasil operasi itu.

Katanya lagi, operasi dilaksanakan secara bersepadu membabitkan 10 pasukan penguatkuasaan meliputi 32 anggota penguat kuasa JAS Perak.

-Berita Harian

Tags: EIA Projek Nadir Bumi Mukim Kenering
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd