• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Denggi Naik 70 Peratus, HFMD Masih Paras Amaran Di Selangor

oleh Mohd Arshad
13/05/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM : Kes demam denggi di Selangor mencatatkan peningkatan 70 peratus iaitu sebanyak 9,357 kes dilaporkan setakat ini.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Berdasarkan statistik Jabatan Kesihatan negeri, jumlah itu meningkat 3,854 kes berbanding minggu epid (ME) sama pada tahun lalu.

Pengarah Kesihatan Selangor, Datuk Dr. Sha’ari Ngadiman berkata, sebanyak 470 kes denggi dilaporkan pada ME 18 sepanjang tempoh tempoh seminggu bermula 1 hingga 7 Mei lalu yang mana lima daerah mencatatkan kes tertinggi adalah Petaling iaitu 3,481 kes, Klang (3,197), Hulu Langat (2,008), Gombak (937) dan Sepang (228).

“Jumlah itu mencatatkan penurunan 28.4 peratus berbanding 656 kes pada minggu sebelumnya. Kes denggi yang dilaporkan sehingga kini bagaimanapun meningkat sebanyak 70 peratus.

“Jumlah lokaliti yang aktif adalah sebanyak 240 iaitu meliputi perincian lokaliti ‘panas’ iaitu 42, wabak tidak terkawal (24) selain wabak terkawal dan wabak baru (174). Lokaliti panas masing-masing 25 di daerah Petaling, Klang (8), Hulu Langat (6) dan masing-masing satu di Sepang serta Kuala Langat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dr. Sha’ari menambah, satu kes kematian didaftarkan setakat ini sama seperti minggu sama pada tahun lalu, justeru beliau meminta komuniti di kawasan kediaman melaksanakan aktiviti pembersihan tempat pembiakan nyamuk Aedes secara berkala.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan jumlah kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) di Selangor masih kekal melebihi paras amaran apabila sebanyak 6,748 kes sudah dinotifikasi sehingga tempoh 7 Mei lalu.

Menurutnya, terdapat 118 kluster HFMD dilaporkan dengan 95 daripadanya melibatkan kluster di taska, tadika dan pusat jagaan harian, namun jumlah kes mencatatkan penurunan sebanyak 40 peratus pada ME 18.

“Majoriti kes adalah Coxsackievirus A16 (CA16) iaitu 33 peratus diikuti Enterovirus 71 (EV71) (20) manakala lain-lain kes (47). Tiada kematian dilaporkan di Selangor setakat ini.

“Dalam tempoh itu, sebanyak 525 kes dilaporkan sekaligus menurun berbanding ME sebelumnya dan tiada kluster HFMD direkodkan. Penurunan itu dipercayai berlaku berikutan cuti Aidilfitri dan kebanyakkan pusat jagaan serta institusi pendidikan ditutup,” jelasnya.

Kata Dr. Sha’ari lagi, orang ramai terutama pengusaha dan penjaga kanak-kanak diminta terus melaksanakan langkah berwaspada bagi mengekang peningkatan kes selepas cuti perayaan dengan memastikan kebersihan premis terutama lantai, bilik air dan peralatan yang digunakan kanak-kanak.

-Utusan Online

Tags: denggiHFMDparas amaranselangor
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kuil Tidak Sah Atas Tanah UKM Ditangani Secara Berhati-Hati, Elak Singgung Mana-Mana Pihak

Kuil Tidak Sah Atas Tanah UKM Ditangani Secara Berhati-Hati, Elak Singgung Mana-Mana Pihak

30/03/2026
0

BANGI - Isu penempatan kuil tidak sah di atas sebahagian tanah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) perlu dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa...

Jangan Anjur Glamping Ga*y Di Hulu Langat!

Jangan Anjur Glamping Ga*y Di Hulu Langat!

13/01/2026
0

SHAH ALAM: Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) bersama Sahibus Samahah Mufti Selangor menzahirkan pendirian tegas menentang sebarang bentuk penganjuran, sambutan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd