• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 1, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

China Bangunkan Vaksin COVID-19 mRNA Bagi Omicron

oleh Mohd Arshad
01/05/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BEIJING : Syarikat farmaseutikal China yang membangunkan vaksin khusus bagi menangani COVID-19 varian Omicron menggunakan teknologi mRNA sudah mendapat kelulusan ujian klinikal di Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Syarikat Suzhou Abogen Biosciences Co Ltd (Abogen) menyertai Pfizer-BioNTech dan Moderna dalam menguji calon vaksin yang diubah suai secara khusus bagi menentang varian Omicron.

China sudah menyuntik vaksin bukan jenis mRNA kepada lebih 88 peratus daripada 1.4 bilion penduduknya.

China tidak meluluskan sebarang vaksin asing, walaupun data dunia sebenar menunjukkan dua produk China yang paling banyak digunakan dikeluarkan oleh Sinopharm dan Sinovac mempunyai keberkesanan lebih rendah terhadap jangkitan COVID-19 berbanding jenis mRNA daripada Pfizer/BioNTech dan Moderna.

Selain UAE, Abogen sedang berkomunikasi dengan pengawal selia di China dan negara lain mengenai ujian klinikal untuk vaksin berkenaan.

Vaksin jenis mRNA dibangunkan Abogen bersama Walvax Biotechnology dan institusi penyelidikan yang disokong tentera China sedang diuji dalam percubaan fasa tiga di China, Mexico dan Indonesia.

Walvax juga bekerjasama dengan RNACure yang berpangkalan di Shanghai untuk membangunkan calon vaksin mRNA yang menyasarkan varian dengan reka bentuk berbeza daripada Abogen.

Dua calon vaksin khusus Omicron dari Sinopharm dan satu dari Sinovac yang mengandungi coronavirus yang tidak aktif atau ‘dilemahkan’ dilulus untuk ujian klinikal di Hong Kong dan China.

Pengawal selia UAE sudah meluluskan ujian klinikal untuk vaksin ketiga khusus untuk Omicron daripada Sinopharm berdasarkan protein serta untuk dua vaksin khusus Omicron yang tidak aktif dibangunkan firma itu.

-Berita Harian

Tags: Chinavaksin covid-19Vaksin COVID-19 mRNAvarian omicron
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Aliran Trafik Di Beberapa Lokasi Arah Selatan Mula Sesak

Next Post

Lagi Kritikan Isu Lesen Bank Digital

Related Posts

Ketibaan Pelancong China Ke Pulau Pinang Melonjak 218.86 Peratus

Ketibaan Pelancong China Ke Pulau Pinang Melonjak 218.86 Peratus

19/05/2025
0

GEORGETOWN: Ketibaan pelancong dari China ke Pulau Pinang melonjak sebanyak 218.86 peratus pada 2024 berbanding tahun sebelumnya, sekali gus menjadikan...

Malaysia Perkukuh Dagangan Di China, Sasar Peluang Baharu Pasaran Minyak Sawit

Malaysia Perkukuh Dagangan Di China, Sasar Peluang Baharu Pasaran Minyak Sawit

18/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Malaysia sedang mengukuhkan hubungan perdagangan strategiknya dengan China menerusi lawatan rasmi selama seminggu diketuai Timbalan Menteri Perladangan dan...

Next Post

Lagi Kritikan Isu Lesen Bank Digital

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd