• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cacar Monyet: Pengawasan Pintu Masuk Negara Dipertingkatkan

oleh AK-47
26/05/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Bagan Serai : Kerajaan akan meningkatkan tahap pengawasan di semua pintu masuk antarabangsa bagi memastikan penularan virus cacar monyet yang kini berlaku di luar negara tidak merebak masuk ke Malaysia.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata, Bahagian Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) diminta mengumpul sampel dan mengenal pasti penumpang yang menunjukkan simptom bagi mengawal penyakit itu.

Menurutnya, ujian saringan termasuk pemeriksaan suhu akan ditempatkan di semua pintu masuk antarabangsa.

“KKM sentiasa berwaspada dengan penyebaran sebarang virus di negara ini.

“Untuk virus Monkeypox atau cacar monyet ini kita lebih berhati-hati di pintu masuk seperti di Kuala Lumpur International Airpot dan sebagainya.

“Orang yang datang dari negara Eropah atau negara yang ada kes, maka kita akan beri lebih perhatian dan kita akan periksa tahap kesihatan dan buat saringan,” katanya selepas Majlis Penyerahan Pusat Transformasi Perikanan (FTC) My Komuniti Perikanan di Kampung Tepi Kolam Bukit Merah, di sini,hari ini.

Menurutnya, tiada kes cacar monyet dicatatkan sehingga kini.

Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) mengesahkan lebih 100 kes positif virus itu dilaporkan di seluruh dunia dan cacar monyet menyerang bebeapa negara termasuk Kanada, Sepanyol, Portugal, Sweden, Perancis, Itali, Amerika Syarikat, Switzerland dan Austria.

-Harian Metro

Tags: cacar monyetPengawasanpintu masuk negara
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Malaysia Berhubung Rapat Negara ASEAN Pantau Kes Cacar Monyet

Malaysia Berhubung Rapat Negara ASEAN Pantau Kes Cacar Monyet

20/08/2024
0

GEORGE TOWN - Kerajaan sedang berhubung rapat dengan semua negara ASEAN bagi memantau kes cacar monyet (mpox) di negara-negara berkenaan....

Konflik Palestin-Israel: Kawalan Keselamatan Di Pintu Masuk Negara Dipertingkat

Konflik Palestin-Israel: Kawalan Keselamatan Di Pintu Masuk Negara Dipertingkat

08/11/2023
0

IPOH : Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi jaminan akan memperkasa dan memperkemaskan lagi kawalan keselamatan di semua pintu masuk negara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd