Sample Page Title

KUALA LUMPUR : Tuntutan saman difailkan peguam, Mohamed Haniff Khatri Abdulla terhadap BERSATU dan tiga pemimpin parti itu menuntut yuran guaman RM12.5 juta didakwanya tidak dibayar, ditetapkan untuk perbicaraan penuh pada Mac 2024.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Ia susulan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Akhtar Tahir menolak permohonan Mohamed Haniff untuk penghakiman terus dengan kos RM3,000.

Peguam, Chetan Jethwani mewakili BERSATU; Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Setiausaha Agung, Datuk Seri Hamzah Zainudin dan Bendahari, Datuk Mohamed Salleh Bajuri, berkata mahkamah menetapkan 18 hingga 24 Mac 2024 untuk perbicaraan penuh.

“Pengurusan kes ditetapkan pada 18 Januari tahun sama,” katanya ketika dihubungi, hari ini selepas prosiding yang dilangsungkan secara dalam talian dan turut disertai Mohamed Haniff serta peguamnya, Nurul Huda Razali.

Penghakiman terus adalah apabila mahkamah memutuskan kes tertentu melalui hujahan dan afidavit tanpa mendengar keterangan saksi dalam perbicaraan.


Sebelum ini, Mohamed Hanif menerusi penyataan tuntutannya, mendakwa tuntutan berkenaan adalah untuk khidmat guaman diberikannya sebelum BERSATU ditubuhkan sehingga parti itu menarik diri daripada Pakatan Harapan (PH) dan seterusnya menyertai Perikatan Nasional (PN).

Antara khidmat didakwa diberikan Mohamed Haniff kepada parti itu adalah perkara berkaitan pendaftaran BERSATU dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS), menguruskan kes mahkamah bagi pihak parti dan isu pembabitan dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.

Khidmat guamannya dihentikan pada 24 Februari 2020 selepas ‘Langkah Sheraton’ yang menyebabkan Tun Dr Mahathir Mohamad yang juga Pengerusi BERSATU ketika itu meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri dan membawa kepada pembentukan PN yang merampas kuasa daripada PH.

Justeru, Mohamed Haniff memohon tuntutan bagi khidmat guamannya kepada BERSATU yang berakhir pada 24 Februari 2020.

-Berita Harian

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

Armizan Letak MA63 Sebagai Antara Agenda Utama

Kota Kinabalu : Datuk Armizan Mohd Ali beri komitmen akan meletakkan agenda berteraskan Perjanjian...

Lee Zii Jia Kembali Ke BAM

PETALING JAYA : Ibarat sirih pulang ke gagang, perseorangan lelaki No. 2 dunia, Lee...

Tubuh Segera RCI Siasat Perbelanjaan RM600 Bilion – Isham Jalil

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MT) Umno, Isham Jalil menyokong penuh cadangan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan...

Zahid Beritahu Muhyiddin Berhenti Meroyan, Belajar Hormati Keputusan Agong

KUALA LUMPUR : Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi membidas Pengerusi Perikatan Nasional (PN),...

Gempa Bumi Landa Jawa Barat, Tiada Amaran Tsunami

JAKARTA: Gempa bumi berukuran 6.4 pada skala Richter melanda Garut di Jawa Barat, hari...

Harap Tok Mat Selesaikan Isu Kebajikan Veteran Tentera

GOMBAK - Persatuan Veteran Angkatan Tentera Tidak Berpencen Malaysia (PVATTBM) berharap Menteri Pertahanan, Datuk...

Op Ekzos Bising: 96 Saman Dikeluarkan

SEREMBAN: Tindakan pemilik motosikal mengubah suai ekzos sehingga mengeluarkan bunyi bising antara 96 saman...