Sample Page Title

KUALA LUMPUR : Malaysia tidak terjejas dengan tindakan India menyekat eksport gandum berikutan negara bergantung 80 peratus biji gandum dari Australia dan selebihnya dari Amerika Syarikat (AS), Kanada dan Ukraine.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Menurut Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), larangan India mengeksport gandum susulan gelombang haba akibat cuaca panas terik tidak menjejaskan bekalan gandum negara

“Bekalan tepung gandum negara tidak terkesan. Malaysia mengimport 80 peratus biji gandum dari Australia dan selebihnya dari AS, Kanada dan Ukraine.

“Justeru, larangan India mengeksport gandum susulan gelombang haba akibat cuaca panas terik tidak menjejaskan bekalan gandum negara,” menurut kementerian itu menerusi ciapan di Twitter, hari ini.

Kementerian itu menjelaskan, seramai 2,200 anggota penguat kuasa KPDNHEP akan sentiasa membuat pemantauan bagi memastikan bekalan tepung bersubsidi dan tidak bersubsidi stabil di pasaran.

KPDNHEP sebelum ini turut menyerbu beberapa premis perniagaan di beberapa negeri selepas didapati ada peniaga sengaja menyorokkan bekalan minyak masak serta tepung gandum bersubsidi.

India pada Sabtu lalu, mengumumkan melarang eksport gandum berkuat kuasa serta-merta, ketika gelombang haba akibat cuaca panas terik menjejaskan hasil tanaman dan harga tempatan mencecah rekod paras tertinggi.


Susulan sekatan itu, harga global tepung gandum dilaporkan meningkat secara mendadak dengan harga penanda aras komoditi itu melonjak sebanyak 5.9 peratus di Chicago selain kenaikan turut dirasai di banyak lagi negara.

Di Malaysia, berdasarkan tinjauan dengan peniaga sebelum ini, biarpun bekalan tepung gandum kekal stabil, harga bagi bahan makanan ruji itu khususnya yang tidak bersubsidi menyaksikan peningkatan mendadak terutama ketika musim perayaan lalu.

Kesan kenaikan harganya itu menyebabkan berlaku kenaikan harga bagi rantaian bekalan makanan lain yang menggunakan tepung sebagai bahan asasnya.

Kerajaan sebelum ini juga memaklumkan, kenaikan harga bekalan makanan import termasuk gandum sukar dikawal memandangkan faktor kenaikannya bukan ditentukan oleh Malaysia, sebaliknya negara pembekal.

Selain sekatan eksport India, perang Ukraine – Russia juga menyebabkan gangguan kepada pembekalan gandum dunia memandangkan Ukraine dan Russia adalah antara negara pengeluaran gandum utama dunia.

-Berita Harian

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

Korea Utara Didakwa Lancar Dua Peluru Berpandu Balistik

SEOUL: Tentera Korea Selatan mendakwa Pyongyang melancarkan dua peluru berpandu balistik pada awal pagi...

Raja Permaisuri Agong Seru Kerajaan Tubuh Pusat Latihan Demensia

KUALA LUMPUR: Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, hari ini menyeru...

KPDNHEP Bincang Isu Bekalan Telur Ayam Isnin Ini

IPOH - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan mengadakan Mesyuarat...

Angka Korban Letupan Bom Di Kabul Meningkat Kepada 35 Orang

KABUL: Angka kematian akibat serangan bom berani mati di sebuah pusat pendidikan di ibu...

KSM Lulus 541,315 Kuota Pengambilan Pekerja Warga Asing

PUTRAJAYA - Kementerian Sumber Manusia (KSM) meluluskan sejumlah 541,315 kuota pengambilan pekerja warga asing...

Dua Lelaki Bermotosikal Tembak Kereta Di Sitiawan

LUMUT – Dua lelaki menaiki sebuah motosikal menembak cermin belakang sebuah kereta yang diparkir...

Dua Individu Rompak Wanita Indonesia Ditahan

Subang Jaya : Polis menahan dua individu termasuk seorang wanita warga Indonesia yang dipercayai...