• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 11, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Arul Kanda Kini Bakal Jadi Saksi Kes 1MDB

oleh Mohd Arshad
20/05/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Pada 18 Disember 2018, bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Arul Kanda Kandasamy didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, atas tuduhan bersubahat dengan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk meminda laporan audit syarikat itu bagi mengelakkan bekas Perdana Menteri berkenaan dikenakan tindakan undang-undang.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Hari ini, pihak pendakwaan memohon Arul Kanda dipanggil menjadi saksi pendakwaan pula dalam perbicaraan sama.

Timbalan Pendakwa Raya adhoc, Datuk Seri Gopal Sri Ram membuat permohonan tersebut mengikut Seksyen 63 Akta Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menurut Seksyen 63(1) akta tersebut, apabila dua tertuduh atau lebih didakwa atas suatu kesalahan, pendakwa raya melalui permohonan bertulis boleh memohon agar salah seorang atau lebih untuk memberi keterangan sebagai saksi untuk pihak pendakwaan.

Tanpa memperincikan alasannya, Sri Ram memberitahu Hakim Mahkamah Tinggi, Mohamed Zaini Mazlan bahawa Arul Kanda mempunyai maklumat penting yang boleh mengukuhkan kes pendakwaan terhadap Najib.

“Tertuduh ini (Arul Kanda) mempunyai maklumat yang boleh mempengaruhi kes pendakwaan terhadap tertuduh seorang lagi (Najib). Dia (Arul Kanda) mempunyai maklumat yang menjurus kepada pertuduhan yang dikenakan terhadap tertuduh seorang lagi terutama berhubung mesyuarat yang diadakan pada 24 Februari 2016,” kata Sri Ram.

Pada prosiding sebelum ini, bekas Ketua Setiausaha Negara, Allahyarham Tan Sri Ali Hamsa dalam keterangannya menyatakan pada mesyuarat penyelarasan yang diadakan Pada Februari 2016 atas arahan Najib, terdapat empat perkara yang perlu digugurkan daripada laporan audit tersebut.

Antara empat perkara yang diarahkan Najib untuk digugurkan adalah mengenai kehadiran ahli perniagaan dalam buruan, Jho Low atau Low Taek Jho dalam mesyuarat 1MDB dan dua versi laporan kewangan 2014 syarikat itu yang bercanggah.

Mendengar perkara tersebut, peguam bela Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah bangkit dan memaklumkan permohonan pihak pendakwaan itu perlu memenuhi peruntukan yang ditetapkan di bawah seksyen tersebut walaupun permohonan dikemukakan secara rasmi.

Sambil menyifatkan permohonan itu sebagai sesuatu yang luar biasa dan pertama kali dalam sejarah, Muhammad Shafee turut menyatakan pihak pendakwaan perlu mengemukakan asas kepada permohonan tersebut.

“Mereka boleh membuat permohonan ini yang mana terdapat kes dan prinsip undang-undang yang menyokong peruntukan permohonan berkenaan yang perlu dihujahkan di mahkamah. Sekurang-kurangnya mereka (pendakwaan) perlu mengemukakan asas mengapa permohonan ini dibuat.

“Ia adalah permohonan yang luar biasa dan pertama kali pada sejarah zaman moden ini . Saya melihat isu mengenai permohonan ini juga berkaitan persoalan perlembagaan,” kata peguam itu.

Sementara itu, peguam bela, Datuk N. Sivananthan yang mewakili Arul Kanda berkata, beliau menyerahkan kepada budi bicara mahkamah untuk memutuskan permohonan tersebut.

Tambahnya, pihak pendakwaan telah memberi indikasi untuk berbuat demikian pada hari pertama perbicaraan itu bermula ketika ucapan pembukaan dibacakan oleh pendakwaan pada 18 Oktober 2019.

Mahkamah kemudian menetapkan 30 Jun ini untuk pendengaran permohonan tersebut.

Najib, 68, didakwa menggunakan kedudukannya untuk mengarahkan pindaan dilakukan terhadap laporan akhir audit 1MDB sebelum dibentangkan kepada PAC untuk mengelakkan sebarang tindakan diambil terhadapnya.

Arul Kanda, 45, pula didakwa bersubahat dengan Najib dalam membuat pindaan tersebut bagi melindungi Ahli Parlimen Pekan itu daripada tindakan tatatertib, sivil atau jenayah berkaitan 1MDB.

Kedua-dua mereka didakwa menurut Seksyen 23(1) dan 24(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

-Utusan Online

Tags: 1MDBArul KandaKes 1MDBSaksi Kes 1MDB
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Isu Vaksin: Abu Syafiq Terima Writ Saman KJ, Nekad Lawan

Next Post

Guan Eng Dituntut Mohon Maaf Kepada Rakyat Sarawak

Related Posts

Tiga Waran Tangkap Dikeluarkan Terhadap Bekas Peguam 1MDB, Jasmine Loo: saksi

Tiga Waran Tangkap Dikeluarkan Terhadap Bekas Peguam 1MDB, Jasmine Loo: saksi

10/04/2025
0

PUTRAJAYA: Tiga waran tangkap dikeluarkan kepada bekas peguam 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Jasmine Loo Ai Swan untuk didakwa mengikut pertuduhan...

Tun M Minta Polis Beri Taklimat Siasatan 1MDB, 5 Hari Lepas Angkat Sumpah PM

Tun M Minta Polis Beri Taklimat Siasatan 1MDB, 5 Hari Lepas Angkat Sumpah PM

07/04/2025
0

Putrajaya: Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ada memanggil polis untuk memberikan taklimat mengenai...

Next Post

Guan Eng Dituntut Mohon Maaf Kepada Rakyat Sarawak

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd