Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor tidak boleh memperlakukan sukan bola sepak macam politik.
Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram
Sesuka hati membuat tuduhan dan selepas melemparkan persepsi buruk terhadap pihak lain enggan memikul tanggungjawab untuk membuktikan.
Kemudian tampak “happy” seolah-olah tiada apa-apa berlaku. Sama saja seperti badut McDonald’s sentiasa kelihatan riang, tetapi dalam hati Tuhan saja yang tahu.
Penyokongnya jangan pula mengungkit isu “pendrive” pada 2016 kerana “pendrive” yang didakwa mengandungi salah laku dari segi teknikal itu diserahkan kepada kementerian berkaitan ketika itu.
Justeru “walk the talk”. Beliau selaku presiden persatuan bola sepak perlu bertanggungjawab atas tuduhan konon terdapat individu tertentu mengawal Liga Malaysia yang beliau labelkan sebagai ‘tokong”
Dalam politik kerap menuduh itu dan ini terhadap lawan politik walaupun tanpa bukti yang kukuh dan selepas itu memberi pelbagai dalih atau buat “don’t know”
Tetapi dalam sukan perlu dibuktikan apa diperkatakan kerana sukan adalah bidang teknikal, bukan bidang yang berasaskan persepsi dan propaganda murahan.
Nah beliau telah pun dicabar supaya mengemukakan bukti, maka jadilah jantan yang “gentleman” berani buat berani tanggung. Bukan hanya tahu berkokok, tetapi tahi yang lebih.
Usah berselindung disebalik alasan skeptikal enggan ‘menderhaka’ pula sedangkan sukan bola sepak adalah milik rakyat.
Individu yang beliau maksudkan tidak pernah pun menggunakan statusnya sebagai kelebihan untuk menekan mana-mana pesaing bola sepak yang mengkritiknya.
Ramai sahaja yang mengkritiknya, tetapi jangan samakan kritikan dengan tuduhan. Apa yang dituduh oleh Sanusi adalah serius. Tuduhannya berkait ‘tokong’ mempunyai unsur jenayah.
Dengan demikian Sanusi mempunyai “obligation” untuk membuktikan tuduhan yang amat berat itu kerana ia melibatkan kepentingan awam dan industri bola sepak tanah air.
Sanusi tidak boleh buat-buat tertawa riang dan acah-acah berseloroh seperti badut McDonald’s apabila diminta menampilkan bukti.
Sebagai pemimpin parti politik yang mengaku berpandukan Islam Sanusi sepatutnya lebih mengetahui tuduhan tanpa bukti adalah fitnah. Fitnah adalah dosa besar di sisi agama.
Dalam sistem perundangan, Sanusi boleh dikenakan saman fitnah kerana merosakkan reputasi individu tertentu dan perlu menampilkan bukti untuk mempertahankan diri.
Mungkin Sanusi cuba mengelak implikasi disebalik tuduhannya, tetapi kali ini badut salah buat ‘lawak’. Lawak yang bakal makan diri.
-Mynewshub