• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anggota Polis Lemas Ketika Mandi Di Sungai Tonggang

oleh Mohd Arshad
05/05/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH : Seorang anggota polis ditemukan lemas ketika mandi bersama keluarganya di kawasan air terjun Kampung Sungai Tonggang, Tanjung Rambutan di sini semalam.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Kejadian sekitar pukul 5.55 petang itu, disedari apabila mangsa, Lans Koperal Amirul Izuddin Muhammad, 28, tidak timbul di permukaan air selepas terjun ke dalam lubuk sungai berkenaan.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, mangsa yang bertugas di Bahagian D8 Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman datang ke lokasi sekitar pukul 4 petang bersama isteri, keluarga dan rakan-rakan.

Katanya, mangsa kemudian naik ke kawasan bukit bersama empat lelaki untuk mandi di lubuk yang agak dalam sebelum terjun dan disedari tidak timbul.

“Rakan dan saudara mangsa cuba menunggu kira-kira lima minit namun mangsa masih tidak kelihatan. Mereka segera keluar dari kawasan itu untuk menghubungi talian kecemasan 999.

“Operasi mencari lelaki itu segera dijalankan sebelum mangsa ditemukan lemas pada pukul 11.15 malam di dalam lubuk berkenaan.

“Pemeriksaan pada tubuh mangsa mendapati terdapat kesan kecederaan di kepala dipercayai akibat terkena batu di dalam air semasa terjun ke dalam lubuk tersebut,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, jenazah mangsa dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk bedah siasat.

“Jenazah anggota terbabit akan dibawa ke Jelebu, Negeri Sembilan selepas selesai proses bedah siasat,” katanya.

-Utusan Online

Tags: anggota polislemasMandi Sungai
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Hero Lemas Selepas Menyelamatkan Orang Lain

Hero Lemas Selepas Menyelamatkan Orang Lain

12/01/2026
0

Tragedi Di Sungai Kedondong Jadi Amaran Keras Kepada Orang Awam IPOH – Seorang lelaki berbangsa India berusia lingkungan 20-an disahkan...

Kanak-Kanak 4 Tahun Ditarik Ombak Ke Tengah Laut…Dipercayai Lemas…

Kanak-Kanak 4 Tahun Ditarik Ombak Ke Tengah Laut…Dipercayai Lemas…

10/01/2026
0

Niat Cuci Kaki Bertukar Tragedi, Kanak-Kanak 4 Tahun Hilang Ditarik Ombak KUALA NERUS – Niat sekadar mencuci kaki di gigi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd