• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Aidilfitri Luar Jangka, Peningkatan Jumlah Kenderaan Punca Kehabisan Petrol

oleh AK-47
07/05/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA NERUS: Sambutan Aidilfitri luar jangkaan dan peningkatan jumlah kenderaan menjadi punca kebanyakan stesen minyak kehabisan bekalan petrol.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Bagaimanapun, tinjauan di beberapa stesen minyak mendapati hanya petrol jenis RON95 kehabisan menyebabkan pengusahanya terpaksa mengehadkan jualan hanya RM30 bagi setiap kenderaan.

Tinjauan juga mendapati kebanyakan stesen minyak terjejas kehabisan bahan bakar adalah yang berada di laluan utama dari Besut ke Kuala Terengganu.

Bagaimanapun, bahan bakar itu tidak terjejas di stesen minyak di pinggir bandar dan dalam kawasan bandar raya.

Wakil The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad (NSTP) Kuala Terengganu yang melakukan tinjauan kesesakan lalu lintas bermula dari Jertih, Besut ke Kuala Terengganu, dengan memandu kereta juga nyaris kehabisan minyak.

Ketika cuba mengisi bahan bakar di sebuah stesen minyak di Setiu, operator memaklumkan pengguna hanya dibenarkan mengisi minyak sebanyak RM30.

Sementara itu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) negeri mengesahkan berlaku kekurangan petrol di beberapa stesen minyak seperti tular dalam media sosial sejak semalam.

Pengarah KPDNHEP, Saharuddin Mohd Kia, berkata siasatan pihaknya mendapati kekurangan bahan bakar itu berpunca daripada penggunaan petrol tinggi melebihi jangkaan susulan peningkatan jumlah kenderaan.

Katanya, setiap stesen minyak mempunyai kuantiti petrol yang boleh digunakan untuk tempoh tertentu tetapi disebabkan penggunaan terlampau tinggi pada hari raya, bahan bakar itu habis sebelum tiba tarikh bekalan baharu diisi.

“Kekurangan bekalan bahan bakar itu hanya membabitkan petrol jenis RON95 dan keadaan dijangka pulih sepenuhnya secara berperingkat,” katanya.

Seorang pengusaha stesen minyak di bandar Permaisuri, Setiu, dikenali Sabri berkata, dia terpaksa mengehadkan jualan petrol hanya RM30 bagi setiap kenderaan bagi membolehkan lebih ramai pengguna dapat mengisi petrol.

Bagaimanapun, katanya, isu kekurangan bekalan bahan bakar itu bukan sahaja berlaku di negeri ini, malah di seluruh negara.

“Kita membuat tempahan petrol sebanyak 180,000 liter, tetapi hanya dihantar sebanyak 7,000 liter, kira-kira jam 12 tengah malam kelmarin.

“Bekalan minyak petrol yang dihantar habis dan kita terpaksa menutup stesen minyak kira-kira jam 3 petang ini berikutan kehabisan bekalan,” katanya.

BHonline-

Tags: AidilfitriPetrolstesen minyak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan Madani Tanggung Perbelanjaan Tambahan RM7 bilion Sebulan – PMX

Kerajaan Madani Tanggung Perbelanjaan Tambahan RM7 bilion Sebulan – PMX

25/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan krisis tenaga yang kian meruncing kini merebak menjadi krisis bekalan...

Harga Brent 23 Jun 2022 AS$114.50 Setong, Tapi Harga Runcit Diesel Rendah RM2.15 Seliter –  Lim Sian See

Harga Brent 23 Jun 2022 AS$114.50 Setong, Tapi Harga Runcit Diesel Rendah RM2.15 Seliter – Lim Sian See

19/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pempengaruh media sosial yang sering mengkritik dasar kerajaan, Lim Sian See mempersoalkan bagaimana RON95 boleh dijual pada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd