Sample Page Title

IPOH : Seorang ahli PKR Tambun membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) negeri berhubung dakwaan seorang calon yang bertanding jawatan Ketua Cabang PKR Tambun menyalah gunakan dana kutipan orang awam.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Ahli PKR itu, Mahanim Abdul Hamid yang membuat laporan di Pejabat SPRM Perak di sini hari ini mahu satu siasatan dibuat oleh SPRM terhadap individu berkenaan.

Menurutnya, individu itu secara terang menyalahgunakan dana Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) bagi kegunaan peribadi menjelang pemilihan parti berkenaan.

Katanya, kutipan dana NGO tersebut merupakan derma daripada orang awam bagi tujuan membantu madrasah, pelarian dan orang Islam yang memerlukan namun ia disalahgunakan.

“Saya difahamkan individu itu menggunakan dana tersebut untuk kepentingan diri sebagai calon Ketua Cabang Tambun menjelang pemilihan parti.


“Perkara ini dimaklumkan oleh individu itu sendiri kepada saya dalam pertemuan tiga minggu lalu yang mana beliau memberi wang untuk perbelanjaan pemilihan bagi tujuan memenangkan beliau sebagai Ketua Cabang Tambun,” katanya kepada pemberita di luar bangunan SPRM Perak di sini hari ini.

Mahanim berkata, individu berkenaan bukan hanya menyeleweng dana sebuah NGO yang diuruskannya malah turut melakukan perkara sama kepada beberapa NGO lain yang dia turut terlibat.

Ditanya jumlah wang yang disalahgunakan individu berkenaan, Mahanim berkata, ia melibatkan jumlah yang besar sehingga mencecah ratusan ribu ringgit namun beliau mengakui tidak boleh memaklumkan jumlah yang tepat.

“Saya berharap SPRM menyiasat perkara ini kerana kita tidak mahu ada salah guna dana yang dikutip daripada orang awam untuk membantu orang awam tetapi digunakan atas kepentingan peribadi bertanding sebagai ketua cabang,” katanya.

-Utusan Online

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

Lesen Untuk Penunggang P-Hailing Berbeza Daripada GDL

Lesen vokasional khas yang perlu diambil oleh penunggang perkhidmatan p-hailing tidak sama seperti lesen...

Lantikan S Gobi Krishnan Dibatalkan – Shahidan

KUALA LUMPUR : Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim membatalkan pelantikan S...

Puspakom Sedia Tambah Baik Pemeriksaan Kenderaan Berat

SHAH ALAM - Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) bersedia untuk memberikan kerjasama penuh terhadap...

Skandal LCS: Fail Dibuka, Laporan Siasatan Akan Diumum SPRM

SUBANG JAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, beberapa fail telah...

Pemandu Lelaki Cedera Dipukul Selepas Langgar Pagar Rumah, Kereta

Kulai : Seorang pemandu pacuan empat roda cedera dipukul orang awam selepas dia bertindak...

Harga Petrol RON97 RM4.40, Turun 10 Sen

PUTRAJAYA : Harga runcit petrol RON97 turun sebanyak 10 sen kepada paras RM4.40 seliter...

Hishammuddin Digesa Jelaskan Isu LCS Di Dewan Negara

Dua pemimpin Pakatan Harapan (PH) hari ini mendesak Menteri Pertahanan Hishammuddin Hussein memberi penjelasan...