• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 25, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

296 Individu Ditipu ‘Datin Ida’ Babitkan Kerugian Hampir RM4 Juta

oleh AK-47
29/05/2022
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Kuala Terengganu : Terpedaya dengan tawaran keuntungan lumayan skim pelaburan hari raya, seramai 296 individu berputih mata apabila menjadi mangsa penipuan sindiket berkenaan membabitkan kerugian hampir RM4 juta.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Kejadian itu dipercayai mula berlaku pada 22 April lalu apabila seorang mangsa yang juga wanita berusia 31 tahun menerima pesanan menerusi aplikasi WhatsApp daripada individu tidak dikenali menceritakan mengenai pelaburan berkenaan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Terengganu Superintendan M Zambri Mahmud berkata, mangsa dijanjikan akan menerima pulangan sebanyak RM55,000 dalam tempoh tiga hari sekiranya membuat pelaburan sebanyak RM30,000.

Beliau berkata, mangsa yang teruja dengan tawaran berkenaan membuat pelaburan sebanyak RM100,0000 sebelum dia bertindak mengiklankan pelaburan berkenaan ke dalam kumpulan WhatsApp.

Katanya, pulangan lumayan yang dijanjikan menyebabkan seramai 296 mangsa berminat menyertai skim berkenaan dengan nilai pelaburan serendah RM30,000 membabitkan nilai pelaburan keseluruhan hampir RM4 juta.

“Kesemua kutipan itu diserahkan kepada pihak urusan pelaburan yang memperkenalkan diri sebagai Datin Ida dan mangsa yang bekerja sebagai peniaga diarahkan memasukkan wang berkenaan ke dalam akaun diberikan suspek.

“Hasil keuntungan pelaburan itu, mangsa diberi bonus sebanyak RM190,000 daripada Datin Ida kerana berjaya mencapai sasaran luar biasa dalam tempoh yang singkat.

“Bagaimanapun, mangsa bersama rakannya yang lain mula mengesyaki mereka menjadi mangsa penipuan apabila tidak menerima sebarang pulangan daripada pelaburan berkenaan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, mangsa mengambil keputusan membuat laporan polis untuk tindakan lanjut dengan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

-Harian Metro

Tags: Datin Idaditipukerugian
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

9 Rumah Sewa Musnah Kebakaran

Next Post

Cacar Monyet Bukan Penyakit Gay – WHO

Related Posts

Jenayah Komersial Catat RM1.2 Bilion Kerugian Setakat 7 Julai

Jenayah Komersial Catat RM1.2 Bilion Kerugian Setakat 7 Julai

13/07/2024
0

Kuala Lumpur : Polis merekodkan jumlah kerugian membabitkan kes jenayah komersial mencatatkan peningkatan sebanyak 83 peratus iaitu RM1.2 bilion setakat...

Wanita Pengarah Syarikat Rugi RM2.4 Juta Ditipu Scammer

Wanita Pengarah Syarikat Rugi RM2.4 Juta Ditipu Scammer

20/11/2023
0

SHAH ALAM: Seorang wanita merupakan pengarah sebuah syarikat kerugian hampir RM2.4 juta akibat terperdaya dengan sindiket penipuan pelaburan dalam talian...

Next Post

Cacar Monyet Bukan Penyakit Gay – WHO

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd