Sample Page Title

BRUSSELS – Sebanyak 15 negara Eropah menandatangani kenyataan menggesa Israel untuk membatalkan rancangan pembinaan ribuan lagi penempatan haram di Tebing Barat.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Tindakan itu hanya akan memburukkan lagi keadaan sedia ada dan menghalang keamanan berkekalan antara Israel dan Palestin.

“Unit perumahan baharu itu akan menjadi halangan tambahan kepada penyelesaian dua negara.

“Penempatan Israel jelas melanggar undang-undang antarabangsa dan menghalang perdamaian yang adil, berkekalan dan menyeluruh antara Israel dan Palestin,” kata kumpulan negara tersebut dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh kementerian luar mereka.

Israel mengumumkan rancangan untuk membina 4,427 unit rumah untuk peneroka haram Yahudi di Tebing Barat yang telah diduduki, kata sebuah pertubuhan bukan kerajaan Israel.

Jawatankuasa perancangan tinggi Pentadbiran Awam memberikan kelulusan akhir kepada 2,791 unit dan pengesahan awal untuk 1,636 unit sebelumnya.


Israel telah merampas Tebing Barat dan wilayah timur Baitulmuqaddis dari Jordan pada tahun 1967.

Sejak itu, hampir 700,000 warga Israel telah berpindah ke penempatan yang dianggap oleh masyarakat antarabangsa sebagai pendudukan haram.

Pelan perumahan itu bertaburan di seluruh kawasan besar Tebing Barat yang dikenali sebagai Kawasan C, di mana Israel menjalankan kawalan ketenteraan dan perancangan.

15 negara Eropah yang menandatangani kenyataan petisyen itu termasuk Perancis, Belgium, Denmark, Finland, Poland, Jerman, Greece, Ireland, Itali, Luxembourg, Malta, Belanda, Norway, Sepanyol dan Sweden.

-Kosmo Online

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

Senarai Penuh Kabinet Kerajaan Perpaduan

KUALA LUMPUR : Berikut adalah senarai Anggota Jemaah Menteri mengikut susunan kekananan.Ikuti Mynewshub: TelegramPerdana Menteri...

Tiada Menteri Dari Perlis, Kelantan, Dan Terengganu

PETALING JAYA – Tiada Menteri dalam barisan Kabinet baharu yang dilantik dalam kalangan Ahli...

Dulu Menteri Pertahanan, Kini Mat Sabu Menteri Pertanian

PETALING JAYA – Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu atau Mat Sabu dilantik...

Nama Syed Saddiq Tiada Dalam Senarai Menteri Kabinet

PETALING JAYA – Teka-teki mengenai kedudukan Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Syed Saddiq...

Tiada Jawatan Timbalan Menteri Diumumkan

PETALING JAYA : Pengumuman Kabinet kerajaan perpaduan menyaksikan tiada jawatan Timbalan Menteri diumumkan oleh...

Ewon Benedick, Armizan Wakil Sabah Dalam Kabinet Anwar

KOTA KINABALU : Dua wakil dari Sabah masing-masing dari Pakatan Harapan (PH) dan Gabungan...

Fadillah Yusof Terajui Kementerian Perladangan Dan komuniti

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Fadillah Yusof yang mewakili Gabungan Parti Sarawak (GPS) dilantik...