• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

12 Lelaki Ditahan Terlibat Samun Kilang

oleh Mohd Arshad
30/05/2022
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KLANG : Selepas dua kali samun sebuah kilang, 12 lelaki dipercayai terlibat akhirnya ditahan polis dalam sembilan serbuan berasingan selama dua hari di sekitar daerah ini minggu lalu.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Kesemua suspek ditahan selepas disyaki terlibat dalam kejadian samun kilang aluminium itu di Kawasan Perindustrian Meru Barat di sini pada 27 April dan 20 Mei lalu.

Suspek kemudian direman selama dua hingga lima hari bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Vijaya Rao Samachulu berkata, kesemua suspek ditahan adalah terdiri daripada 11 warganegara dan seorang warga Indonesia berusia 20 hingga 40 tahun.

“Lima serbuan pertama pada 26 Mei, seramai tujuh suspek termasuk seorang warga Indonesia ditahan di sekitar Klang seperti Bayu Perdana, Telok Pulai, Pandamaran dan Bukit Tinggi dan siasatan awal mendapati enam daripada mereka dikesan mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan dadah.

“Dalam serbuan hari kedua pula, lima lagi ditahan di sekitar Bukit Tinggi, Pandamaran dan Taman Sentosa. Kelima-lima dikesan mempunyai rekod jenayah lampau termasuk berkaitan dadah,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.

Beliau menambah, dalam kesemua siri serbuan tersebut polis turut merampas 232 mesin bitcoin 39 unit bekalan tenaga (power supply), lima telefon bimbit serta dua buah kereta jenis Nissan Sentra dan Proton Wira serta barangan lain yang berada dalam keadaan tidak sempurna.

Menurut Vijaya Rao, berdasarkan laporan dibuat pengarah syarikat berkenaan pada 23 Mei lalu, kilang terbabit mengalami kerugian sehingga RM180,000 apabila 180 mesin bitcoin di sana dicuri dalam kejadian samun itu.

Jelasnya, berdasarkan siasatan, modus operandi yang digunakan oleh suspek adalah dengan memecah masuk pada awal pagi sebelum mengikat pengawal keselamatan bertugas.

“Bagaimanapun, polis kini mengesan tiga lelaki dikenali sebagai Herman Petrus, 41; Tan Juan Fan, 37, dan Abdul Rahim Mohamad Ali, 33, bagi membantu siasatan.

“Hasil tangkapan turut berjaya menyelesaikan tiga kes samun melibatkan mesin bitcoin yang berlaku di sekitar Klang Utara,” jelasnya.

Katanya, kesemua suspek disiasat di bawah Seksyen 395 dan 397 Kanun Keseksaan.

-Utusan Online

Tags: ditahansamunSamun Kilang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dua Lagi Lelaki Ditahan Kes Tembak Komander AKPS

Dua Lagi Lelaki Ditahan Kes Tembak Komander AKPS

28/02/2026
0

BUKIT KAYU HITAM: Dua lagi lelaki ditahan polis malam tadi bagi membantu siasatan kes tembakan terhadap kenderaan dipandu Komander Agensi...

Wanita Didakwa Menetap Di Terminal KLIA Sejak Setahun Lalu, Ditahan Polis

Wanita Didakwa Menetap Di Terminal KLIA Sejak Setahun Lalu, Ditahan Polis

23/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Polis sudah menahan wanita yang menimbulkan kegusaran orang ramai kerana memarahi kanak-kanak yang berada di terminal Lapangan Terbang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd