• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

100 Juta Penduduk AS Mungkin Dijangkiti COVID-19

oleh AK-47
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

WASHINGTON: Sekurang-kurangnya 100 juta penduduk Amerika Syarikat (AS) mungkin dijangkiti COVID-19 pada musim luruh tahun ini, kata seorang pegawai kanan pentadbiran Presiden AS, Joe Biden.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Kenyataan pegawai kanan itu dibuat dalam satu taklimat ketika mengumumkan angka kematian akibat pandemik berkenaan mencecah hampir satu juta orang di AS, yang kemudian dilaporkan oleh akhbar Washington Post.

Taklimat itu diadakan sebagai sebahagian daripada usaha meningkatkan kesediaan AS dan memujuk wakil rakyat negara itu untuk memperuntukkan berbilion dolar untuk membeli vaksin baharu dan melaksanakan ujian COVID-19.

Gelombang kematian diramalkan akan berlaku pada musim luruh dan musim sejuk ini, didorong oleh subvarian Omicron baharu yang menunjukkan keupayaan luar biasa kerana mampu menembusi perlindungan imuniti.

Pada Mac lalu, pentadbiran Biden meminta peruntukan sebanyak AS$22.5 bilion (RM98.54 bilion) sebagai pembiayaan bantuan COVID-19 tetapi sudah dilucutkan daripada rang undang-undang AS.

Pentadbiran Biden berhujah bahawa tanpa pembiayaan baharu, AS kelihatan tidak bersedia untuk menghadapi ancaman coronavirus pada masa depan ketika angka kematian akibat pandemik itu menghampiri satu juta orang.

Beberapa pakar bersetuju bahawa gelombang besar pada musim luruh dan musim sejuk ini mungkin berlaku memandangkan imuniti yang semakin berkurangan daripada vaksin COVID-19.

Pada masa sama, sekatan perjalanan yang dilonggarkan dan peningkatan varian yang kalis perlindungan imuniti turut menyumbang kepada peningkatan kes.

BHonline-

Tags: Amerika SyarikatCovid-19Joe Biden
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tunku Mahkota Ismail Terima Menghadap Dr. Omar Suleiman

Tunku Mahkota Ismail Terima Menghadap Dr. Omar Suleiman

31/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berkenan menerima menghadap Dr. Omar Suleiman hari ini. Menurut laman media...

Jika Perdana Menteri Bukan Anwar, Saya Boleh Katakan Hari Ini USD1=RM5 – Arul Kumar

Jika Perdana Menteri Bukan Anwar, Saya Boleh Katakan Hari Ini USD1=RM5 – Arul Kumar

18/06/2026
0

SEREMBAN - Nilai ringgit hari ini RM5 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) jika Perdana Menteri Malaysia bukan Datuk Seri Anwar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd