• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 9, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Will Smith Lepaskan Keahlian Oscar

oleh AK-47
02/04/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SELEPAS kontroversi menampar pelawak Chris Rock, Will Smith akhirnya mengambil keputusan untuk melepaskan keahlian Akademi Seni dan Sains Filem atau Oscar.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Portal The Hollywood Reporter melaporkan perkara berkenaan, pada petang Jumaat.

“Saya telah memberi maklum balas secara langsung kepada notis pendengaran tatatertib Akademi dan saya akan menerima sepenuhnya apa-apa dan semua akibat ke atas kelakuan saya.

“Tindakan saya pada penyampaian Anugerah Akademi ke-94 adalah mengejutkan, menyakitkan dan tidak boleh dimaafkan.

“Senarai mereka yang saya sakiti adalah panjang termasuk Chris, keluarganya, ramai rakan dan orang tersayang saya, semua yang hadir, dan penonton global di rumah,” kata Smith.

Menurut kenyataan yang dipetik portal hiburan antarabangsa, Smith bersedia menerima sebarang akibat yang difikirkan sesuai oleh The Academy.

“Saya mengkhianati kepercayaan Akademi. Saya menafikan calon dan pemenang lain peluang mereka untuk meraikan dan diraikan kerana kerja luar biasa mereka.

“Saya patah hati. Saya ingin kembali menumpukan perhatian kepada mereka yang patut diberi perhatian atas pencapaian mereka dan membenarkan Akademi untuk kembali kepada kerja luar biasa yang dilakukannya untuk menyokong kreativiti dan kesenian dalam filem,” katanya.

The Academy sebelum ini berkata, ahli lembaga sedang berbincang tentang langkah yang akan dikenakan terhadap Smith termasuk sama ada menggantung, mengusir atau mengharamkan keahliannya.

Smith juga diberikan masa 15 hari oleh The Academy untuk menyatakan surat tunjuk sebab atas tindakannya yang disifatkan satu keganasan.

-Sinar Harian

Tags: Keahlian OscaroscarWill Smith
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Putin Ugut Tutup Bekalan Gas Eropah, Mahu Dibayar Guna Ruble

Next Post

Biden, PBB Ucap Selamat Menyambut ‘Ramadan Kareem’

Related Posts

Michelle Yeoh Menang Pelakon Wanita Terbaik Oscar

Michelle Yeoh Menang Pelakon Wanita Terbaik Oscar

13/03/2023
0

HOLLYWOOD : Pelakon kelahiran Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik bagi anugerah Oscars Kali Ke-95 yang...

Will Smith Dilarang Hadiri Oscars Selama 10 Tahun

09/04/2022
0

Tiada lagi kelibat Will Smith untuk mewarnai anugerah Oscars untuk tempoh 10 tahun akan mendatang. Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram Hal itu kerana...

Next Post

Biden, PBB Ucap Selamat Menyambut 'Ramadan Kareem'

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd