• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Warga Singapura Ada Saman Trafik Tertunggak Tak Boleh Keluar Malaysia

oleh AK-47
07/04/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Warga Singapura yang mempunyai saman tertunggak dan saman berstatus waran tangkap boleh dihalang daripada meninggalkan Malaysia sebelum menyelesaikan notis saman berkenaan.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mat Kasim Karim berkata, pesalah trafik yang mempunyai notis saman Pol.170A (saman tidak bersemuka) boleh ditahan lalu ditukarkan status saman kepada Pol.257 (saman bersemuka) dan didakwa di mahkamah.

“Penukaran status ini berdasarkan Seksyen 115(1)(a) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan pesalah trafik berkenaan mempunyai pilihan sama ada menghadapi tuduhan berkenaan di mahkamah atau menjelaskan saman sebelum meninggalkan negara ini ataupun sebelum tarikh perbicaraan berkenaan.

“Sekiranya pesalah gagal hadir pada tarikh yang ditetapkan, maka waran tangkap akan dikeluarkan terhadapnya,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata, sekiranya individu terbabit sudah mempunyai saman berstatus waran tangkap, mereka akan terus ditahan dan dituduh di mahkamah secepat mungkin.

“Mereka akan dituduh di mahkamah dalam tempoh yang segera dan sekiranya tidak dapat dituduh pada hari yang sama, pesalah trafik berkenaan akan ditahan, sekiranya tidak dapat mengemukakan penjamin dalam kalangan warganegara Malaysia, sebelum dituduh keesokan harinya,”jelasnya.

Sementara itu, Mat Kasim berkata, pendaftaran kenderaan warga Singapura yang bakal dikuatkuasakan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) menerusi Sistem Kutipan Caj Jalan (RC) dan Rekod Kemasukan Kenderaan Asing (VEP) di sempadan negara amat dialu-alukan.

“Berdasarkan sistem ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mendapatkan maklumat pesalah trafik bagi membolehkan notis saman Pol. 170A dapat disampaikan kepada pesalah trafik.

“Sistem ini juga akan mengimbas nombor pendaftaran kenderaan warga Singapura yang memasuki Malaysia dan mempaparkan jumlah saman yang tertunggak lalu mereka akan dihalang keluar dari negara ini sehingga semua saman mereka dijelaskan,”katanya.

Katanya, JSPT turut menggunakan sebanyak 40 buah alat Pengimbas Nombor Pendaftaran Kenderaan (iCops) yang mampu mengesan pesalah trafik dengan saman tertunggak dan waran tangkap malah sistem tersebut mampu mengesan kereta klon serta kenderaan yang dilaporkan hilang.

“Selain itu, bagi meningkatkan kecekapan dan keselamatan pengguna jalan raya, JSPT turut menggunakan Peralatan Pengesan Had Laju (In-Car Radar), yang dipasang pada kenderaan peronda bagi menangani kesalahan memandu melebihi had laju yang ditetapkan dan mengeluarkan saman terhadap pesalah trafik berkenaan pada ketika itu juga,” ujarnya.

-Sinar Harian

Tags: Saman TrafikSingapuraTertunggakwarga singapura
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

RM415,510 Kutipan Saman Trafik Tertunggak Berjaya Dikutip

RM415,510 Kutipan Saman Trafik Tertunggak Berjaya Dikutip

20/10/2025
0

MELAKA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengutip 3,409 saman trafik tertunggak bernilai RM415,510 menerusi kempen diskaun 50 peratus sempena Program Madani...

Paket Daging Babi Dihantar Ke Masjid Di Singapura, Polis Siasat Serius

Paket Daging Babi Dihantar Ke Masjid Di Singapura, Polis Siasat Serius

26/09/2025
0

SINGAPURA – Polis Singapura kini giat menyiasat satu insiden membabitkan penghantaran bungkusan mencurigakan ke Masjid Al-Istiqamah, Serangoon North Avenue 2,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd