• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, April 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiga Pelajar Sekolah Maut, Merempit Waktu Solat Tarawih

oleh Mohd Arshad
13/04/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JELI – Tiga pelajar sekolah maut manakala seorang lagi parah selepas motosikal yang ditunggang mereka bergesel antara satu sama lain semasa berlumba haram sewaktu umat Islam sedang bersolat tarawih di Jalan Kampung Sungai Satan – Jalan Malaysia di sini semalam.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Dalam kejadian kira-kira pukul 9 malam itu, mangsa, Muhammad Nordanial Izuan Izaraman, 15, maut di lokasi kejadian manakala dua rakannya, Muhamad Firdaus Mohd. Azli, 15 dan Ahmad Tahfiz Irfan Ahmad Nasri, 14, menghembuskan nafas semasa dirawat di Hospital Jeli di sini.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kelantan, Superitendan Shuhaimi Jusoh berkata, seorang lagi mangsa, Muhammad Aidil Darwisy Mohammad Azhary, 15, pula mengalami cedera parah pada bahagian kepala dan kini menerima rawatan di hospital sama.

Menurutnya, siasatan awal mendapati, keempat-empat remaja itu masing-masing menunggang motosikal jenis SYM Bonus, Honda EX5, Modenas Kriss dan Demak Evo Z dipercayai sedang berlumba di kawasan jalan kampung dengan tidak memakai topi keledar.

“Mereka dipercayai berlumba bermula dari arah Kampung Satan menuju ke Jalan Malaysia dengan melalui laluan gelap tanpa lampu jalan.

“Semasa tiba di lokasi kejadian, sebuah motosikal ditunggang salah seorang mangsa dipercayai bergesel sesama sendiri sehingga menyebabkan berlaku perlanggaran,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Shuhaimi, insiden itu menyebabkan salah seorang maut di tempat kejadian manakala tiga lagi rakannya dihantar ke Hospital Jeli untuk mendapatkan rawatan kecemasan.

Katanya, bagaimanapun, dua daripada mereka disahkan meninggal dunia di hospital itu manakala seorang lagi masih parah.

-Kosmo Online

Tags: mautMerempitpelajar sekolahsolat tarawih
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bahana Jalan Berlubang  – Anggota Trafik Maut

Bahana Jalan Berlubang – Anggota Trafik Maut

06/03/2026
0

KUALA BERANG – Seorang anggota trafik dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Terengganu maut selepas motosikal yang dinaikinya terbabas...

Budak 11 Tahun Maut, 2 Adik Kritikal Diberi Minum Metadon Oleh Ibu

Budak 11 Tahun Maut, 2 Adik Kritikal Diberi Minum Metadon Oleh Ibu

11/02/2026
0

KAJANG: Seorang kanak-kanak lelaki maut, manakala dua adiknya kritikal selepas dipercayai diberi minum Metadon oleh ibu kandung mereka sendiri, pagi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd