• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiga Banduan Larikan Diri Berjaya Ditahan, Empat Lagi Diburu

oleh AK-47
12/04/2022
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JELEBU – Polis giat memburu empat lagi banduan tahanan reman yang melarikan diri dari Penjara Jelebu, Ahad lepas selepas seorang lagi banduan berjaya ditahan pada awal pagi Selasa di Titi di sini.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Ketua Polis daerah Jelebu, Deputi Superintendan Maslan Udin berkata, banduan lelaki berkenaan, Shazuan Md Sharif, 32, ditahan kira-kira jam 4 pagi di Sungai Muntoh, Titi oleh pihak Penjara Jelebu.

“Banduan itu kemudian dibawa ke Mahkamah Majistret Bahau untuk permohonan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah dan dibenarkan tahanan reman selama empat hari bermula Rabu.

“Justeru, dengan tangkapan ini menjadikan tiga orang banduan yang berjaya ditahan setakat ini,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Maslan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat agar menyalurkannya di balai polis berhampiran atau huhungi IPD Jelebu di talian 06-6136222 atau pegawai penyiasat Inspektor Zuria Anis Mahassan 016-6096996.

Media pada Ahad melaporkan, tujuh banduan yang menjalani tahanan reman di Penjara Jelebu di sini, melarikan diri.

Tujuh banduan itu, Sohaimi Khalid, 50, Mazlan Samah, 39, Mohamad Aminuddin Khan Mohd Yusof, 28, Shazuan Md Sharif, 32, Mohd Zairizan Zainal, 42, Muhammad Syafiq Rohmat, 32, dan seorang warga asing, Zainuddin, 62 tahun.

Bagaimanapun sehingga Selasa tiga daripadanya sudah berjaya ditangkap iaitu, Sohaimi Khalid, 50, Shazuan Md Sharif, 32 dan Mohd Zairizan Zainal, 42 di tiga lokasi berbeza.

-Sinar Harian

Tags: banduanditahanlarikan diripolis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

28/03/2026
0

IPOH: Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes disyaki curi kabel di Jalan Pakatan Jaya, Taman Pakatan Jaya...

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

05/03/2026
0

Oleh Mynewshub  KLANG – Suasana di Balai Polis Meru bertukar kecoh apabila sekumpulan lelaki dipercayai dalam keadaan mabuk bertindak menyerbu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd