• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, April 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Thailand Akan Lupuskan Kenderaan Lebih 20 Tahun

oleh AK-47
05/04/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Perdana Menteri Prayuth Chan o-cha berikrar untuk melupuskan kenderaan lama yang berusia lebih 20 tahun secara berperingkat dalam usaha mengurangkan pelepasan gas rumah hijau, kata jurucakap kerajaan Thanakorn Wangboonkongchana.

Beliau berkata statistik Jabatan Pengangkutan Darat menunjukkan sejumlah 5,033,307 kenderaan berdaftar berusia lebih 20 tahun berada di atas jalan raya, setakat 31 Januari tahun ini.

Angka itu dijangka meningkat kepada 16 juta dalam tempoh 20 tahun akan datang jika tiada tindakan kitar semula diambil, katanya.

“Perdana Menteri menyuarakan kebimbangannya mengenai Tempoh Jangka Hayat Kenderaan (ELV) di jalan raya…Justeru, beliau mahu agensi berkaitan berganding bahu melaksanakan usaha kitar semula untuk melupuskan kenderaan lama bagi mengurangkan pencemaran.

“Perdana menteri berkata ELV mesti dikitar semula dengan betul bagi memastikan ia boleh digunakan semula dalam industri untuk membantu negara mengurangkan import keluli. Keluli mewakili sehingga 69 peratus dalam setiap struktur kenderaan lama,” katanya seperti dipetik Bangkok Post.

Pada masa ini, Thailand menggunakan kira-kira 19 juta tan keluli, termasuk 12 juta tan diimport dan tujuh juta tan pengeluaran dalam negara.

Thanakorn berkata Kementerian Perindustrian telah menandatangani memorandum persefahaman dengan Pihak Berkuasa Estet Perindustrian Thailand dan agensi berkaitan dari Jepun untuk melaksanakan projek perintis kitar semula ELV.

Projek itu bertujuan melupuskan dan mengitar semula kenderaan usang.

-Malaysia Kini

Tags: KenderaanLupuskanThailand
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Faiz Fadzil Tegur Akmal Sepatutnya Pertahankan Usaha Kerajaan

Faiz Fadzil Tegur Akmal Sepatutnya Pertahankan Usaha Kerajaan

10/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh sebagai anggota parti yang berada di dalam Kerajaan Madani...

Harga Minyak Terus Naik: Akmal Minta Kerajaan Cari Semula ‘Raja Formula’

Harga Minyak Terus Naik: Akmal Minta Kerajaan Cari Semula ‘Raja Formula’

09/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh secara sinis meminta kerajaan mencari semula 'raja formula' yang sebelum ini...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd