• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Teliti Pelbagai Perkara Sebelum Tamat MoU Dengan Pembangkang

oleh AK-47
19/04/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PAGOH : Kerajaan perlu meneliti pelbagai perkara sebelum mengambil keputusan sama ada mahu menamatkan perjanjian memorandum persefahaman (MoU) transformasi dan kestabilan politik bersama Pakatan Harapan (PH) atau sebaliknya.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ia termasuk perkara yang membabitkan pelaksanaan Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU-15) yang menyentuh masa depan negara.

Katanya, bagaimanapun pihaknya menyerahkan sepenuhnya keputusan berkenaan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Perkara berkenaan membabitkan pentadbiran Kerajaan Persekutuan yang juga masih berada di bawah pimpinan kerajaan Perikatan Nasional (PN).

“Dalam pertemuan saya bersama pimpinan PN bersama Perdana Menteri dua minggu lalu ada bincang perkara berkenaan kerana saya dengar pihak pembangkang minta perkara itu dilanjutkan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menziarahi Setiausaha BERSATU Bahagian Pagoh, Atiman Kadar di kediamannya di Kampung Sungai Alai, Panchor, dekat sini hari ini.

Muhyiddin berkata, dalam pertemuan itu, Perdana Menteri masih belum melakukan apa-apa keputusan berhubung perkara berkenaan.

“Jadi saya tidak berfikir untuk membuat apa-apa kenyataan bagi pihak beliau dan itu terserah kepada Perdana Menteri untuk meneliti sama ada wajar atau tidak kerana beliau (Perdana Menteri) ada banyak perkara yang perlu difikirkan berkaitan dengan soal masa depan negara seperti pilihan raya dan sebagainya,” katanya.

Muhyiddin yang juga Pengerusi PN berkata, beliau difahamkan pihak pembangkang mahu MoU yang sepatutnya tamat julai ini dilanjutkan.

Terdahulu, Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO memutuskan MoU antara kerajaan dan PH yang akan berakhir 31 Julai ini tidak akan diteruskan.

-Berita Harian

Tags: MoUpembangkangTeliti
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pembangkang Memutar Naratif, Dialog Bukan Derhaka – Pemimpin AMK

Pembangkang Memutar Naratif, Dialog Bukan Derhaka – Pemimpin AMK

08/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pembangkang didakwa sengaja memutar naratif bagi menggambarkan seolah-olah wujud ketegangan antara kerajaan dan Sultan Selangor. Pengarah Pilihan...

UMNO Negeri Sembilan Rela Jadi Pembangkang Daripada Bersama PH

UMNO Negeri Sembilan Rela Jadi Pembangkang Daripada Bersama PH

02/05/2026
0

KUALA LUMPUR - UMNO Negeri Sembilan lebih rela menjadi pembangkang daripada bersama Pakatan Harapan (PH) dalam pentadbiran kerajaan negeri itu....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd