• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, August 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tekong Lari, Tinggalkan 200 Kilogram Ketum Dalam Sampan

oleh Mohd Arshad
10/04/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR: Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Satu Langkawi merampas 200 kilogram daun ketum setelah menahan sebuah sampan kayu ditinggalkan tekongnya yang melarikan diri berhampiran Pulau Ketam, Kuala Perlis, di sini hari ini.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Dalam kejadian pukul pukul 4.30 pagi itu, pihak berkuasa menemukan 20 bungkusan plastik hitam mengandungi ketum yang disimpan di bahagian hadapan sampan kayu tersebut.

Komander PPM Wilayah Satu, Asisten Komisioner Polis Shamsol Kassim berkata, daun ketum berkenaan dibawa menuju ke arah sempadan laut Malaysia-Thailand sebelum berjaya dikesan oleh bot peronda PPM.

“Akibat panik dikesan oleh bot ronda kami, suspek iaitu seorang lelaki dipercayai tekong sampan tersebut nekad memecut laju ke arah pantai sebelum meloloskan diri lari di kawasan hutan bakau berdekatan.

“Pemeriksaan lanjut dibuat di dalam sampan berkenaan menemukan kira-kira 200 kilogram bungkusan plastik hitam mengandungi daun ketum yang disorok di bawah kanvas biru di bahagian hadapan sampan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau memberitahu, nilai keseluruhan rampasan termasuk sampan kayu berserta enjin dianggarkan RM15,000.

“Kesemua barang rampasan tersebut kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kangar untuk siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952,” ujarnya.

UtusanOnline-

Tags: Daun KetumPPMtekong
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pesawat MH2664 Alami Kegagalan ‘Pilot-Static-System’ – CAAM

Next Post

Mahathir Dan Cermin

Related Posts

Lelaki Bawa Daun Ketum Ditahan Selepas Larikan Diri Sejauh 15 KM

Lelaki Bawa Daun Ketum Ditahan Selepas Larikan Diri Sejauh 15 KM

26/03/2023
0

JELI : Tindakan seorang lelaki melarikan diri sejauh 15 kilometer (km) sambil membawa daun ketum seberat 560 kilogram (kg) gagal...

Polis Marin Rampas Kapal Korek Pasir Berdaftar Di Mongolia

Polis Marin Rampas Kapal Korek Pasir Berdaftar Di Mongolia

21/03/2023
0

KOTA KINABALU: Pasukan Polis Marin (PPM) menyita sebuah kapal korek yang didapati digunakan untuk mencuri pasir di perairan Pulau Usukan,...

Next Post

Mahathir Dan Cermin

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd