• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tarikh Bicara Kes Ebit Lew 1 Hingga 5 Ogos Depan

oleh Mohd Arshad
22/04/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TENOM – Mahkamah Majistret Tenom di sini pada Jumaat menetapkan 1 hingga 5 Ogos depan sebagai tarikh perbicaraan kes pendakwah terkenal, Ebit Irawan Ibrahim Lew atau lebih dikenali sebagai Ebit Lew.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Majistret Nur Asyraf Zolhani turut membenarkan permohonan bagi menjalankan 11 pertuduhan itu secara bersama.

Ebit Lew, 37, didakwa atas 11 pertuduhan membuat hantaran gambar dan perkataan lucah bermaksud mengaibkan kehormatan mangsa melalui aplikasi WhatsApp antara Mac hingga Jun 2021.

Pertuduhan itu dibuat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun dengan denda, atau kedua-duanya sekali.

Sebelum itu, pendakwaan mengemukakan permohonan bagi menjalankan perbicaraan 11 pertuduhan itu bersama kerana bukti dan saksi bagi kesemua pertuduhan saling berkait.

Peguam mewakili Ebit Lew, Ram Singh tidak mengemukakan sebarang bantahan kepada permohonan itu selagi ia membabitkan seorang pengadu.

Pendakwaan dikendalikan oleh Pengarah Pendakwaan Negeri, Muhammad Ilmami Ahmad dan Timbalan Pendakwa Raya, Azreen Yas Mohammad Ramli manakala Ebit pula turut diwakili dua lagi peguam, Kamaruddin Mohmad Chinki dan Timothy Daud.

Sinar Harian pada Februari lalu melaporkan Ebit Lew mengaku tidak bersalah terhadap 11 pertuduhan berkaitan gangguan seksual di Mahkamah Litar Tenom.

SinarHarian-

Tags: Ebit LewPerbicaraan Kes
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Perbicaraan Ebit Lew Masuki Tahun Ke-4, Mahkamah Tetapkan 15 Januari Tarikh Seterusnya

Perbicaraan Ebit Lew Masuki Tahun Ke-4, Mahkamah Tetapkan 15 Januari Tarikh Seterusnya

10/12/2024
0

TENOM - Perbicaraan kes gangguan seksual melibatkan pendakwah terkenal, Ebit Lew bakal memasuki tahun keempat apabila mahkamah menetapkan 15 Januari...

‘Saya Buka Pakaian, Tunjuk Badan Semua Seperti Diminta Ebit Liew’ – Saksi

‘Saya Buka Pakaian, Tunjuk Badan Semua Seperti Diminta Ebit Liew’ – Saksi

04/09/2024
0

TENOM : Seorang wanita hari ini memberitahu Mahkamah Majistret di sini, bahawa Ebit Irawan Ibrahim Lew atau Ebit Lew, meminta...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd