• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tanah Lapangan Terbang: Mohammad Nizar Beri Keterangan Esok

oleh AK-47
20/04/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Bekas exco kerajaan negeri Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mengesahkan dirinya dipanggil oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kes penjualan tanah bagi tapak cadangan lapangan terbang di Seri Iskandar.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Beliau berkata, sepatutnya rakaman percakapan sebagai saksi itu dibuat pada 15 April lalu namun tidak dapat berbuat demikian kerana berada di luar Perak.

“Memang saya ada dipanggil untuk memberikan keterangan tetapi ketika itu saya ada urusan di Selayang.

“Insya-ALLAH, mungkin esok saya akan hadir ke Pejabat SPRM Perak untuk memberikan keterangan,” katanya ringkas kepada Sinar Harian pada Rabu.

Mohammad Nizar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Rapat merupakan bekas Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP).

Selain beliau, ADUN Manjoi, Datuk Asmuni Awi turut dipanggil SPRM bagi memberikan keterangan pada 15 April lalu.

Asmuni bersama beberapa bekas exco kerajaan negeri termasuk Mohammad Nizar sebelum ini tampil mengemukakan laporan kepada SPRM meminta siasatan dibuat terhadap penjualan tanah bagi tapak lapangan terbang di Seri Iskandar susulan pendedahan bahawa transaksi dibuat ketika zaman Pakatan Harapan (PH) memerintah Perak.

Pada 18 April lalu, Pengarah SPRM Perak, Datuk Mohd Fauzi Mohamad menjelaskan seramai 10 lagi individu termasuk bekas exco kerajaan negeri dipanggil membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung isu penjualan tanah tapak lapangan terbang antarabangsa di Seri Iskandar.

Selain bekas exco kerajaan negeri, turut akan dipanggil ialah pegawai PKNP, pegawai kerajaan negeri dan pegawai Pejabat Tanah dan Galian (PTG).

SPRM sebelum ini telah merakam kenyataan tiga saksi membabitkan pegawai PKNP dan kerajaan negeri Perak berhubung isu penjualan tanah itu bagi membantu siasatan.

Isu penjualan tanah lapangan terbang berkenaan timbul selepas ADUN Aulong, Nga Kor Ming pada Persidangan Dewan Negeri Perak mendakwa tanah itu sudah dijual tanpa kebenaran kerajaan negeri.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad kemudiannya memaklumkan penjualan tanah itu dilakukan ketika di bawah pentadbiran PH kepada syarikat swasta untuk pembangunan bercampur di kawasan itu.

-Sinar Harian

Tags: Isu Tanah Lapangan TerbangketeranganMohammad Nizar
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

6 Terbunuh Dalam Letupan Bom Sasar Sekolah Syiah Di Kabul

Next Post

Mawar Nafi Kenal, Hutang Plaintif

Related Posts

Kes Nahas Pelajar UPSI: 18 Saksi Sudah Beri Keterangan, Video Tular Dianalisis Forensik Bukit Aman

Kes Nahas Pelajar UPSI: 18 Saksi Sudah Beri Keterangan, Video Tular Dianalisis Forensik Bukit Aman

11/06/2025
0

IPOH: Polis sudah merekodkan kenyataan 18 individu bagi membantu siasatan nahas ngeri di Kilometer 53 Jalan Raya Timur Barat (JRTB)...

Kes Buli: Lima Daripada Tujuh Pelajar MRSM Dirakam Keterangan

Kes Buli: Lima Daripada Tujuh Pelajar MRSM Dirakam Keterangan

08/04/2025
0

NIBONG TEBAL- Polis telah merakam keterangan lima daripada tujuh pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di sini yang dipercayai terlibat...

Next Post

Mawar Nafi Kenal, Hutang Plaintif

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd