• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tambang Bas Ekspres Sempena Aidilfitri Naik 10 Peratus

oleh AK-47
08/04/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU: Kadar tambang bas ekspres di Sabah menjelang musim perayaan Hari Raya Aidilfitri naik sebanyak 10 peratus.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Pengerusi Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sabah, Datuk Chin Kim Hiung berkata, perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Kabinet baru-baru ini.

Susulan itu jelasnya, LPKP bersetuju menaikkan kadar tambang khas sebanyak 14.3 sen bagi setiap kilometer bagi tempoh 29 April hingga 8 Mei ini, berbanding 13 sen bagi setiap kilometer sebelum ini.

“LPKP Sabah juga mengambil maklum tentang keperluan bas tambahan bagi menampung keperluan pengguna sepanjang musim perayaan Aidilfitri.

“Maka, menerusi mesyuarat LPKP Sabah hari ini memutuskan untuk membuka permohonan Lesen Perubahan Sementara (LPS) sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri bagi mana-mana syarikat pengendali bas ekspres yang layak untuk memohon bagi menampung keperluan ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut beliau, tarikh permohonan LPS akan dibuka bermula 11 hingga 22 April dan borang boleh diperoleh di Ibu Pejabat LPKP Sabah di Kota Kinabalu dan cawangan LPKP Tawau serta Sandakan.

Tambah beliau, keputusan yang diambil itu diharap menerima maklum balas yang baik daripada semua pihak terlibat.

Kim Hiung juga mengingatkan pengusaha dan penumpang supaya sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan bagi menjayakan usaha membendung penularan jangkitan Covid-19.

UtusanOnline-

Tags: Hari Raya AidilfitriLPKPtambang bas
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bagaimana Mahu Merayakan Aidilfitri Penuh Kegembiraan Walaupun Terpaksa Berkerja?

Bagaimana Mahu Merayakan Aidilfitri Penuh Kegembiraan Walaupun Terpaksa Berkerja?

20/03/2026
0

Oleh Mynewshub  Menyambut Aidilfitri ketika perlu bekerja memang mencabar—tetapi dengan sedikit perancangan dan mindset yang betul, anda masih boleh menikmati...

Arab Saudi Rasmi Sambut Aidilfitri Jumaat Ini

Arab Saudi Rasmi Sambut Aidilfitri Jumaat Ini

19/03/2026
0

RIYADH – Kerajaan Saudi secara rasmi mengumumkan bahawa Hari Raya Aidilfitri 1 Syawal 1447 Hijrah akan disambut pada Jumaat, 20...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd