• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tahanan Rohingya Berjaya Lari Ke Negeri Lain

oleh Mohd Arshad
21/04/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BANDAR BAHARU: Polis tidak menolak kemungkinan terdapat baki tahanan etnik Rohingya yang meloloskan diri dari Depot Imigresen Sementara Relau di sini semalam berjaya melarikan diri ke negeri-negeri lain.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Bagaimanapun, jumlah tahanan terbabit tidak ramai kerana kawalan ketat dilakukan pihak polis selepas kejadian tersebut.

Ketua Polis Daerah Bandar Baharu, Deputi Superintenden Mohd. Akmal Hizam Abd. Khupur berkata, pihaknya percaya beberapa orang baki tahanan terbabit yang berjaya melarikan diri dalam jarak lebih jauh termasuk ke negeri lain.

“Pihaknya percaya pada masa ini, baki tahanan yang masih bebas itu bergerak dalam kumpulan yang kecil dan besar untuk melarikan diri,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bandar Baharu di sini hari ini.

Beliau memberitahu, seramai 350 anggota dan pegawai polis digerakkan untuk baki tahanan etnik Rohingya yang masih bebas itu.

Katanya, anggota dan pegawai polis itu akan terlibat dalam 14 pasukan yang akan menjalankan tugas dalam Ops Cantas dan Ops Tutup.

Tambahnya, operasi tersebut juga akan dibantu oleh 30 anggota Pasukan Gerakan Am (PGA).

“Kedua-dua operasi tersebut digerakkan dalam tempoh 24 jam sehari untuk memburu baki tahanan yang masih bebas itu.

“Operasi tersebut bertumpu di tiga kawasan iaitu pekan Bandar Baharu, pekan Relau dan Lubok Buntar yang meliputi radius sejauh dua kilometer.

“Malah, sebanyak tiga sekatan jalan raya juga dilakukan di sekitar daerah Bandar Baharu,” katanya.

Selain itu, beliau menambah, pihak polis menasihatkan orang ramai terutama penduduk berdekatan tidak melindungi tahanan terbabit, sebaliknya melaporkannya kepada polis untuk tindakan.

UtusanOnline-

Tags: depot imigresennegeritahanan Rohingya
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dua Dalang Rusuhan, Lolos Depot Imigresen Ditahan

22/04/2022
0

BANDAR BAHARU: Polis menahan dua daripada empat dalang yang dipercayai mencetuskan rusuhan sebelum tahanan etnik Rohingya meloloskan diri dari Depot...

96 Etnik Rohingya Lolos Depot Imigresen Masih Diburu

22/04/2022
0

BANDAR BAHARU – Seramai 96 tahanan etnik Rohingya yang melarikan diri dari Depot Imigresen Sementara Relau di sini kelmarin masih...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd