• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Syor Subsidi Haji Bersasar, Utamakan B40

oleh Mohd Arshad
10/04/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Tabung Haji (TH) disaran supaya melaksanakan pemberian subsidi secara bersasar dengan keutamaan kepada golongan B40.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Ini kerana, dengan mengambil kira kos seorang jemaah muassasah dijangka meningkat hingga RM25,000 dan bayaran jemaah RM9,980, subsidi yang ditanggung TH amat besar.

Mengutarakan cadangan itu, Ketua Penerangan Parti Bangsa Malaysia (PBM), Zakaria Abdul Hamid, jika bayaran untuk melaksanakan ibadah haji dikekalkan RM9,980 seorang, subsidi yang diberikan akan mencecah RM15,020 untuk setiap seorang, yang mana ini adalah jumlah yang amat besar.

“Kami tidak menolak usaha murni kerajaan untuk memudahkan urusan jemaah haji dengan pemberian subsidi ini, namun begitu, mencadangkan agar subsidi yang diberikan adalah secara bersasar.

“Yang mana tumpuan pemberian subsidi ini hanya patut diberikan kepada jemaah haji yang datangnya dari golongan B40 dan juga kepada yang memerlukan sahaja,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau turut berpandangan golongan T20 atau M40 yang berkemampuan boleh menggunakan perbelanjaan sendiri untuk melaksanakan ibadah haji tanpa sebarang bantuan subsidi kerajaan.

“Dengan mewujudkan kaedah subsidi bersasar ini, sudah tentu ia akan dapat mengurangkan impak yang ditanggung kerajaan dan juga Lembaga Tabung Haji (TH),” katanya.

Khamis lalu, TH memaklumkan kos menunaikan haji bagi seorang jemaah muassasah pada tahun ini dijangka meningkat kepada lebih RM25,000 susulan kenaikan berkaitan cukai dan caj perkhidmatan baharu dikenakan kerajaan Arab Saudi.

TH dalam kenyataan memaklumkan kos berkenaan adalah peningkatan 12 peratus berbanding RM22,900 bagi seorang jemaah haji muassasah pada 2019.

Susulan itu Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Idris Ahmad memberi jaminan bahawa kerajaan akan meneruskan pemberian subsidi kepada jemaah biarpun kos menunaikan haji tahun ini dijangka meningkat.

-Berita Harian

Tags: B40Hajisubsidi haji
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Hati-Hati Tafsir Kategori T20, Gaji RM13,000 Di KL Boleh Jatuh Ke M40 B40’

‘Hati-Hati Tafsir Kategori T20, Gaji RM13,000 Di KL Boleh Jatuh Ke M40 B40’

12/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengingatkan berhati-hati dalam mentafsir kategori T20 atau...

Pemilik Madrasah Ditahan, Tipu 47 Jemaah Haji Warga Emas

Pemilik Madrasah Ditahan, Tipu 47 Jemaah Haji Warga Emas

18/06/2025
0

KUALA LUMPUR - Seorang pemilik sebuah madrasah ditahan selepas dipercayai berperanan untuk meraih kepercayaan 47 jemaah warga emas yang terpedaya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd