Friday, July 26, 2024

Creating liberating content

Lelaki Ditahan Seludup Air...

BANGKOK - Seorang lelaki Thailand ditangkap pada Khamis lalu di pusat pemeriksaan sempadan...

Jentera Pemuda UMNO Pejuang...

BELURAN - Jentera Pemuda UMNO, selaku pejuang di media sosial bagi menangani tohmahan...

Dicabul Bomoh Mengaku Ustaz

SUBANG JAYA – Hasrat seorang eksekutif mendapatkan rawatan tradisional bagi penyakit misteri yang...

Kedah Rancang Enam Projek...

ALOR SETAR - Kerajaan Negeri Kedah merancang enam projek utama dalam Rancangan Malaysia...

Suhakam Ingatkan Kesan Siasatan SPRM Ke Atas Nazlan

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) memberi amaran, langkah pihak berkuasa antirasuah menyiasat hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali mungkin mengundang masalah yang lebih besar.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Dalam kenyataan dikeluarkan semalam Suhakam berkata, apabila hakim Mahkamah Rayuan itu disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), ada risiko untuk badan kehakiman negara dihujani dengan pelbagai tuduhan remeh.

Suhakam pada masa sama membangkitkan apakah motif SPRM menyiasat hakim yang sebelum ini mengadili perbicaraan ke atas Najib Razak itu.

Selain itu kata Suhakam langkah diambil SPRM itu akan mewujudkan duluan negatif serta berbahaya dan ia boleh melemahkan kebebasan badan kehakiman negara.

“Ini juga boleh membuka pintu kepada lebih banyak pertuduhan remeh dan menyusahkan, selain penyalahgunaan proses oleh agensi penguatkuasa terhadap badan kehakiman.

“Suhakam menyokong pandangan bahawa semua hakim mesti mempunyai ruang yang sesuai untuk melaksanakan tugas mereka dengan cara yang jelas kepada semua, dan proses dan keputusan kehakiman adalah bebas daripada sebarang campur tangan, beralasan dan jujur.

“Paling penting adalah mustahak untuk keadilan bukan sahaja dilihat dilaksanakan tetapi mesti dilakukan mengikut undang-undang,” kata Suhakam.

Sokong pengasingan kuasa

Mohd Nazlan merupakan hakim di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur apabila mengendalikan tuduhan salah guna kuasa, pecah amanah, dan pengubahan wang haram ke atas Najib.


Dia mensabitkan bekas perdana menteri itu atas semua tujuh pertuduhan yang dikenakan ke atas Najib.

Ahli parlimen Pekan itu kemudian dihukum penjara 12 tahun dan denda RM210 juta.

Apabila Najib membawa kesnya ke Mahkamah Rayuan, panel tiga hakim kemudian mengekalkan sabitan serta hukuman yang dibuat mahkamah tinggi.

Siasatan dibuat ke atas Mohd Nazlan selepas seorang penulis blog mendakwa hakim terbabit memiliki kekayaan yang mencurigakan.

Penulis terbabit juga mendakwa Mohd Nazlan menerima RM1 juta daripada rakyat Malaysia yang dikehendaki polis, Jho Low.

Mohd Nazlan menafikan dakwaan tersebut dan dia turut membuat laporan polis mengenai tuduhan yang dikaitkan dengannya.

Kata Suhakam dalam perlembagaan negara sudah ada peruntukan khas mengenai kaedah mengendalikan sebarang tuduhan salah laku seseorang hakim.

“Suhakam bersetuju dan menyokong prinsip pengasingan kuasa untuk memastikan integriti serta kebebasan badan kehakiman dilindungi, selain mengelakkan sebarang campur tangan atau tekanan politik terhadap mana-mana anggota badan kehakiman pada bila-bila masa,” katanya.

-Malaysia Kini

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori