• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 14, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Skuad Gimnastik Artistik Hantar Muka Baharu

oleh Mohd Arshad
07/04/2022
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PELUANG skuad gimnastik artistik wanita negara untuk mempertahankan empat pingat emas menjelang temasya Sukan SEA Hanoi, Vietnam tampak sukar selepas Filipina menghantar barisan atlet naturalisasi dari Amerika Syarikat (AS).

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Ketua jurulatih gimnastik artistik wanita negara, Ng Shu Wai berkata, pihaknya sedar akan cabaran dari Filipina, namun tetap yakin anak buah­nya mampu memberi saingan cukup hebat meskipun menghantar muka baharu ke temasya dwitahunan tersebut.

Skuad gimnastik artistik wanita menghantar muka-muka baharu susulan ratu gimnastik negara, Farah Ann Abdul Hadi dan Tracie Ang membuat keputusan untuk bersara.

“Pada edisi 2019, kita berjaya membawa pulang empat pi­ngat emas menerusi Farah Ann dan Tracie. Jadi disebabkan ketiadaan mereka berdua, kita hanya menghantar atlet junior untuk dapat pengalaman.

“Sasaran kita pada Sukan SEA kali ini sekurang-kurang­nya meraih satu pingat emas. Saya akui saingan kali ini tidak mudah kerana kita dimaklumkan bahawa Filipina menghantar empat atlet yang berpangkalan di Amerika Syarikat bertanding Sukan SEA kali ini.

“Meskipun kita menyenaraikan Farah Ann sekali pun, saya jangka bukan mudah untuk menang ke atas Filipina kerana mereka menghantar skuad terbaik mereka di Hanoi nanti.

“Sepanjang lima tahun saya dalam skuad, ini adalah paling sukar. Meskipun bukan satu tugas mudah tetapi saya yakin skuad negara mampu melakukan terbaik, sekali gus membawa pulang emas,” katanya ketika ditemui pada sidang akhbar di Majlis Sukan Negara (MSN) semalam.

Pengurus skuad gimrama negara, Toh Ai Lee berkata, pasukannya menyasarkan untuk menyampu bersih dua pingat ditawarkan dalam acara individu serta rutin berpasukan.

“Edisi kali sedikit sengit ke­rana hanya dua acara di­pertandingkan, jadi sukar untuk membuat penilaian kerana kesemua atlet kita terutama acara individu berpotensi raih emas. Saya harap meskipun hanya dua acara dipertan­dingkan, skuad gimrama negara mampu menyapu bersih dua pingat emas,” katanya.

-Kosmo Online

Tags: Gimnastik ArtistikSkuad Gimnastik Artistik
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Tumpasnya Nuar Taman Dan Pendi Buaya, Polis Selesai Kes Bunuh, Edar Dadah

Next Post

Jurulatih Selam Ditemui Selamat

Related Posts

No Content Available
Next Post

Jurulatih Selam Ditemui Selamat

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd