• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Aidilfitri Dilanjut Empat Hari Lagi

oleh AK-47
28/04/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Johor Bahru : Kerajaan memutuskan untuk melanjutkan tempoh pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Hari Raya Puasa (HRP) 2022, selama empat hari lagi berikutan permintaan orang ramai.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, berkata SHMMP HRP 2022 yang bermula 26 April itu sepatutnya tamat 6 Mei ini, namun ia dilanjutkan sehingga 10 Mei.

“Kita menerima maklumat masyarakat umum merayu supaya SHMMP HRP 2022 dipanjangkan lagi kerana tempoh sehingga 6 Mei tidak mencukupi kerana mereka masih perlu membeli barangan memandangkan masih dalam cuti hari raya.

“Oleh yang demikian, kerajaan memutuskan menambah empat hari lagi tempoh SHMMP HRP 2022 sehingga 10 Mei nanti, ” katanya kepada pemberita ketika lawatan ke Stesen Minyak Petronas di Jalan Lingkaran Dalam di sini, hari ini.

Pada 21 April lalu, sebanyak 22 jenis barangan dilaporkan ditetapkan dijual pada harga maksimum melalui SHMMP HRP 2022 bermula 26 April hingga 6 Mei ini.

Alexander dilaporkan berkata, ia membabitkan barangan bagi kategori hasil laut, barangan kering, daging lembu dan kerbau serta sayuran.

Turut dikuatkuasakan dalam SHMMP HRP 2022 adalah enam barangan harga terkawal bagi penentuan harga ayam dan telur ayam yang ditetapkan sebelum ini.

Senarai barangan dikawal membabitkan daging lembu tempatan (kecuali bahagian batang pinang), daging lembu import (harga maksimum di Sarawak sahaja), daging kerbau import (Harga maksimum di Semenanjung, Sabah dan Labuan sahaja).

Ikan kembung termasuk ikan mabung (berat antara lapan hingga 12 ekor setiap kilogram (kg) ) ikan selayang (berat antara lapan hingga 12 ekor setiap kg), ikan aya atau tongkol (berat antara seekor hingga dua ekor setiap kg), ikan Demudok atau Sagai/ Cermin/ Cupak (Sabah sahaja).

sayuran-sayuran pula membabitkan tomato, cili merah, kubis bulat import (Indonesia dan China tidak termasuk kubis Beijing), kacang panjang, terung panjang, timun, halia tua import, bawang merah besar import, bawang besar Holland, bawang putih (China), ubi Kentang Import (China), cili kering, kacang tanah, kelapa biji (borong sahaja), dan kelapa parut (runcit sahaja).

-Harian Metro

Tags: DilanjutSkim Harga Maksimum Musim Perayaan Aidilfitri
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Malaysia Lawan Bahrain: Perkhidmatan LRT Dilanjut

10/06/2022
0

Kuala Lumpur : Perkhidmatan sistem Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Ampang/Sri Petaling akan dilanjutkan sempena perlawanan Kelayakan Piala Asia 2023...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd