• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Siasat Pakej Taubat RM20

oleh AK-47
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Bukit Gantang : Jabatan Agama Islam negeri diminta menyiasat kemunculan laman sosial yang menawarkan pakej taubat dengan bayaran RM20.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad berkata siasatan itu perlu bagi mengesan mereka yang terbabit dengan pakej berkenaan untuk diambil tindakan.

“Nak bertaubat kena bayar duit ini adalah tidak betul dan jika tidak mempunyai ilmu, kita mudah ditipu orang lain.

“Allah suruh kita mengajar dan belajar jadi orang berilmu kerana dengan adanya ilmu, kita tidak mudah ditipu,” katanya pada sidang media pada Majlis Sumbangan Inspirasi Qaseh Ramadan dan Aidilfitri 1443 Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) kepada 70 anak yatim di Kampung Sungai Petai, Changkat Jering di sini, hari ini.

Beliau diminta mengulas penyebaran iklan di laman media sosial mengenai pakej sesiapa yang ingin bertaubat dikenakan bayaran RM20.

Idris turut menggesa agensi di bawah kementeriannya seperti YaPEIM agar menyantuni golongan miskin dan tidak hanya menunggu di pejabat.

“Kita minta semua pegawai agensi yang terlibat dengan masyarakat supaya pergi mencari mereka dan biarlah kita sendiri pergi santuni mereka,” katanya.

Beliau juga berkata pihaknya memutuskan untuk membentuk sebuah jawatankuasa bagi membantu golongan rentan.

“Jawatankuasa itu juga mempunyai pelan tindakan bersama agensi lain supaya pengisian khidmat tersebut diberikan kepada mereka yang tinggal di situ termasuk yang terbabit dengan pusat pemeliharaan kanak-kanak,” katanya.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata Jawatankuasa Khas Kabinet Melindungi Golongan Rentan ditubuhkan bagi melindungi kebajikan golongan rentan khususnya kanak-kanak, orang kurang upaya, wanita dan warga emas.

Idris juga berkata Tabung Amanah YaPEIM telah membuat agihan dana sebanyak RM655.91 juta yang memanfaatkan 6.59 juta penerima sejak 1985 hingga 31 Mac tahun ini.

-Harian Metro

Tags: Pakej Taubat RM20siasat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

MCMC Siasat Video Pementasan Tular Sentuh Institusi Raja, Malaysia dan Rukun Negara

MCMC Siasat Video Pementasan Tular Sentuh Institusi Raja, Malaysia dan Rukun Negara

19/09/2026
0

CYBERJAYA - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menjalankan siasatan berhubung sebuah video pementasan yang tular di media sosial dan...

KKM Semak Dakwaan Kad Laporan Kesihatan Guna Bahasa Cina

KKM Semak Dakwaan Kad Laporan Kesihatan Guna Bahasa Cina

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang menyemak dakwaan kad laporan kesihatan oleh sebuah klinik kesihatan kerajaan menggunakan bahasa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd