• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Siasat Kes Penderaan Bella Secara Menyeluruh

oleh AK-47
18/04/2022
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Siasatan terhadap kes penderaan kanak-kanak sindrom down dikenali sebagai Bella perlu dilaksanakan secara menyeluruh melibatkan pengurusan serta tanggungjawab Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang membenarkan pengoperasian Rumah Bonda meskipun tidak berdaftar dengan agensi tersebut.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Kebajikan Negara, Datin Paduka Che Asmah Ibrahim berkata, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) perlu tampil memberi penjelasan kepada masyarakat mengenai ketirisan pengurusan agensi di bawah kementerian itu yang dilihat melindungi individu berpengaruh.

“Saya harap siasatan isu ini (penderaan terhadap Bella) tidak terhenti di peringkat kes mahkamah sahaja kerana saya percaya ada pihak berkuasa yang bertanggungjawab untuk memastikan rumah kebajikan dipantau terutama rumah perlindungan.

“Dalam isu ini, saya tidak tahu kenapa JKM boleh membenarkan Rumah Bonda beroperasi tanpa lesen, rumah perlindungan ini sudah lama beroperasi. Justeru saya percaya JKM ada hubungan rapat dengan Rumah Bonda dan perkara ini perlu disiasat. Kenapa selepas kes Bella ‘meletup’ baru disita rumah tersebut,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Perbicaraan kes penderaan Bella yang kini berlangsung di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur menjadi perhatian rakyat Malaysia termasuk beberapa pemimpin politik, golongan artis serta Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Mengulas lanjut Che Asmah yang juga Ketua Pejuanita Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) berkata, adalah menjadi tanggungjawab KPWKM untuk memberi penjelasan kepada masyarakat mengenai prosedur operasi standard (SOP) JKM berhubung penjagaan kanak-kanak yang diletakkan di bawah jabatan itu.

Katanya, kegagalan JKM untuk melaksanakan tanggungjawab menempatkan kanak-kanak istimewa di rumah perlindungan yang sepatutnya juga perlu disiasat kerana keselamatan golongan berkenaan tidak boleh dikompromi.

“Sebelum ini kita tahu Bella dijaga oleh JKM sebelum dihantar ke Rumah Bonda, sekali gus menunjukkan JKM tahu kewujudan rumah perlindungan itu.

“Menjadi persoalan, apakah asas JKM yang telah beri kebenaran kepada Siti Bainun (jaga Bella) kerana saya pasti JKM hanya akan serah (jagaan) kepada mereka yang layak setelah menyemak latar belakang individu tersebut.

“Justeru perkara ini perlu dilihat secara menyeluruh, menilai keseluruhan operasi institusi kebajikan khususnya yang menjaga anak-anak istimewa kerana mereka tidak boleh menyuarakan hak diri sendiri,” katanya.

-Sinar Harian

Tags: BellaKes Penderaan BellasiasatSiasat Menyeluruh
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kontroversi Saham: Mas Ermieyati Desak Azam Baki Disiasat

Kontroversi Saham: Mas Ermieyati Desak Azam Baki Disiasat

12/02/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin mendesak siasatan dijalankan terhadap Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah...

Polis Siasat Laporan Pendedahan Maklumat Peribadi Bekas Panglima Tentera Darat

Polis Siasat Laporan Pendedahan Maklumat Peribadi Bekas Panglima Tentera Darat

26/01/2026
0

Kuala Lumpur: Polis akan menjalankan siasatan berhubung laporan dibuat bekas Panglima Angkatan Tentera Darat, Tan Sri Mohammad Hafizuddeain Jantan berkait...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd