Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

3 Bot Nelayan Ditahan...

JOHOR BAHARU - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Johor Baharu (DM 6) menahan...

Annuar Kekal Bertanding Presiden...

KUALA LUMPUR - Bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar...

Polis Kelantan Siasat Kekecohan...

TANAH MERAH - Polis Kelantan akan menyiasat berhubung kekecohan yang melibatkan sekumpulan masyarakat...

Dibunuh Hanya Kerana Hutang...

BATU PAHAT – Disebabkan wang berjumlah RM2, dua warganegara Nepal dibunuh rakan senegara...

Saifuddin Nasution Pun Jadi Mangsa

“Salam Ramadan, saya memilih bertanggungjawab terhadap tuduhan ditujukan kepada saya. Meluruskan kesalahan fakta Rafizi Ramli”

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Itu mukadimah kenyataan Saifuddin Nasution Ismail yang merupakan pesaing Rafizi dalam pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi jawatan Timbalan Presiden beberapa hari lalu.

Saifuddin Nasution mengeluarkan kenyataan itu bagi membalas ucapan kempen pemilihan PKR oleh Rafizi di Pulau Pinang yang dianggap tidak benar tentang dirinya.

Meskipun halus ayat digunakan Saifuddin Nasution “meluruskan kesalahan fakta Rafizi Ramli”, namun semua tahu maksud sebenarnya adalah Rafizi telah berbohong kepada ahli PKR mengenai beliau.

Saifuddin Nasution mahu “meluruskan kesalahan fakta Rafizi Ramli”, tetapi beliau sendiri takut berbicara lurus gara-gara khuatir akan memberi imej buruk kepada PKR kerana Rafizi tokoh formula PKR pada PRU-14.

Secara umum Saifuddin Nasution menafikan kenyataan Rafizi berkenaan “pertolongannya” kepada beliau yang “tiada pekerjaan” setelah kalah PRU pada tahun 2013.

Juga membidas dakwaan Rafizi konon beliau telah memberi laluan kepada Saifuddin Nasution untuk menjawat Setiausaha Agung PKR pada tahun 2016.


Kata Saifuddin Nasution, selepas tewas kerusi PRU 2013 beliau menyara hidup dengan berulang alik hampir setiap minggu ke Jakarta menjadi pensyarah undangan.

Manakala beliau menjawat jawatan Setiausaha Agung PKR pada tahun 2016 selepas Presiden PKR ketika itu, Datuk Dr. Wan Azizah Wan Ismail melantiknya ke jawatan itu.

Bukan seperti dakwaan Rafizi beliau yang memberi laluan kepada Saifuddin Nasution, sebaliknya bagi mengelak tanggungjawab Setiausaha Agung PKR terjejas kerana Rafizi sedang menghadapi beberapa kes mahkamah.

Kesimpulan daripada kontroversi membabitkan pemilihan jawatan Timbalan Presiden PKR itu adalah sesiapa sahaja ahli politik boleh menjadi mangsa serangan persepsi Rafizi demi mencapai cita-citanya.

Lawan mahupun kawan tidak terlepas dan tidak mustahil ikonik PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri boleh tersandar ‘dibelasah’ Rafizi andai suatu hari beliau mempunyai impian yang lebih tinggi.

Rumusan daripada kontroversi ini, seandainya pemimpin PKR sendiri seperti Saifuddin Nasution mengambarkan Rafizi sebagai pembohong, maka apakah tiada kemungkinan Rafizi turut berbohong tentang UMNO, BN dan para pemimpinnya semasa PRU-14?

Mynewshub-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori