• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 20, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Runtuhan kuari:Bomba, PDRM Bincang Sama Ada Teruskan Operasi Atau Tidak

oleh Cj Mnh
26/04/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Ipoh : Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak akan mengadakan perbincangan dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam masa terdekat bagi menentukan sama ada operasi pencarian dua mangsa tertimbus dalam runtuhan batu kuari di Keramat Pulai, Simpang Pulai, diteruskan atau tidak.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Pengarahnya, Azmi Osman berkata, operasi berkenaan secara dasarnya masih dilaksanakan oleh pemilik kuari dalam skala kecil.

“Operasi diperlahankan, tidak lagi sehebat seperti peringkat permulaan, yang mana kita meletakkan seorang atau dua anggota setiap hari.

“Bagaimanapun perbincangan akan diadakan dengan PDRM selaku komander operasi sama ada untuk meneruskan atau menutup pencarian mangsa bagi kes berkenaan,” katanya pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran Kempen Keselamatan Kebakaran di Pusat Membeli-belah, Pusat Hiburan dan Tempat Tumpuan Orang Ramai sempena Musim Perayaan di Jalan Sultan Azlan Shah, di sini hari ini.

Hadir sama, Timbalan Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perak, Jaafar Tajudin.

Azmi berkata, berdasarkan kepada peraturan, kemungkinan besar operasi tu ditamatkan tetapi pihak berkuasa perlu melihat pelbagai aspek terutama sudut perundangan.

“Apabila hendak mengisytiharkan kehilangan seseorang dalam sesuatu insiden, kita perlu merujuk kepada peraturan ditetapkan,” katanya.

Mengenai dakwaan sesetengah pihak yang mempertikaikan kaedah teknikal operasi yang terlalu lama, beliau berkata, pasukan bukan saja bertindak bersendirian tetapi memanggil pakar dari Universiti Teknologi Petronas (UTP) untuk membantu.

“Jadi kepakaran mereka diterjemahkan dalam operasi berkenaan dengan membuat ketetapan di lokasi mana yang kita jangka.

“Tetapi malangnya sehingga kini masih belum ditemukan, bukan setakat mangsa malah jentera besar jengkaut gagal ditemui,” katanya.

Dalam kejadian 9.40 pagi 8 Mac lalu, dua mangsa masih tertimbus dalam runtuhan kuari di Keramat Pulai, dikenal pasti sebagai Itam Bah Lasoh, 43, dan Kheow Loo Siew Soon, 49.

-Harian Metro

Tags: BincangBombaoperasiPDRMRuntuhan Kuari
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Aliff Syukri Mohon Maaf

Next Post

Suami Tetak Isteri, Mentua Dijel 15 Tahun Dan Lapan Sebatan

Related Posts

55 Pekerja Asing Buruh Paksa Diselamatkan

55 Pekerja Asing Buruh Paksa Diselamatkan

08/05/2025
0

BATU GAJAH – Tidak menerima gaji sehingga lima bulan merupakan antara nasib malang yang dialami oleh 55 pekerja warga asing...

Polis Sahkan Terima Laporan Barang Kemas Mangsa Dicuri, Suami Trauma, Pemandu XPander Sudah Beri Kenyataan

Polis Sahkan Terima Laporan Barang Kemas Mangsa Dicuri, Suami Trauma, Pemandu XPander Sudah Beri Kenyataan

06/04/2025
0

Ipoh, 5 April 2025 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengeluarkan kenyataan media berhubung perkembangan siasatan kes kemalangan maut...

Next Post

Suami Tetak Isteri, Mentua Dijel 15 Tahun Dan Lapan Sebatan

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd