• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Remaja Putus 3 Jari Akibat Mercun Bola – Polis

oleh AK-47
16/04/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun putus tiga jari tangan kanan selepas terkena mercun bola dalam kejadian di Kampung Lembah Beris Kubur Besar di Tawang, Bachok, kelmarin.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Ketua Polis Daerah Bachok Superintenden Mohamad Ismail Jamaluddin berkata ketika kejadian mangsa yang sedang bermain mercun bola di belakang rumahnya tidak sempat membaling mercun tersebut sehingga menyebabkan ia meletup di tangan kanannya.

“Mangsa telah dibawa ke Klinik Kesihatan Beris Kubur Besar di Tawang pada 4.45 petang, semalam oleh keluarganya untuk menerima rawatan awal kerana tahap kecederaan mangsa serius di bahagian tangan sebelah kanan akibat bahan letupan tersebut selain terdapat kesan luka di leher akibat percikan bahan bakar yang berada di tahap satu.

“Keadaan mangsa ketika ini stabil selepas menjalani pembedahan membuang jari ibu, terlunjuk dan tengah di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kota Bharu manakala gegendang telinga mangsa juga pecah dan dirujuk kepada pakar di hospital berkenaan,” katanya ketika dihubungi Bernama semalam.

Mohamad Ismail berkata susulan kejadian itu, satu pasukan pemantau melibatkan dua pegawai dan lapan anggota ditubuhkan untuk membuat pemantauan bagi mengesan aktiviti bermain mercun di sekitar jajahan Bachok.

“Saya ingin beri amaran kepada semua masyarakat supaya sentiasa cakna dan menjaga keselamatan diri supaya tidak sesekali bermain mercun yang boleh mengundang bahaya kepada diri sendiri dan orang di sekeliling,” katanya.

-Malaysia Kini

Tags: mercunpolisputus jariremaja
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

28/03/2026
0

IPOH: Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes disyaki curi kabel di Jalan Pakatan Jaya, Taman Pakatan Jaya...

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

05/03/2026
0

Oleh Mynewshub  KLANG – Suasana di Balai Polis Meru bertukar kecoh apabila sekumpulan lelaki dipercayai dalam keadaan mabuk bertindak menyerbu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd