• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, November 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Remaja 13 Tahun Maut Tercampak Dari Motosikal

oleh Mohd Arshad
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR GAJAH : Seorang remaja maut selepas motosikal ditunggangnya merempuh sebuah kereta di Jalan Kampung Tengah, Kuala Sungai Baru di sini, malam tadi.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 malam itu, mangsa, Muhammad Arif Danieal Muhammad Razlan, 13, meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Arshad Abu berkata, ketika kejadian mangsa dalam perjalanan dari arah Kuala Linggi menghala ke Kuala Sungai Baru.

“Sebelum kemalangan berlaku, sebuah kereta jenis Proton Saga dipandu lelaki berusia 44 tahun dari arah sama ingin membelok ke simpang sebelah kanan dan telah berhenti sambil memberikan lampu isyarat kenderaan.

“Mangsa bagaimanapun gagal mengelak kereta tersebut lalu merempuhnya di bahagian belakang sebelum tercampak,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Arshad berkata, hasil pemeriksaan pegawai penyiasat di lokasi mendapati, kemalangan berpunca daripada faktor kegagalan mengawal kenderaan.

“Kita telahpun meminta saksi kejadian tampil untuk membantu siasatan.

“Mayat mangsa telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Alor Gajah untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” jelasnya.

-Utusan Online

Tags: kemalangankemalangan motosikalmotosikalremaja
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

JDT Lubricants Di Stadium Sultan Ibrahim, Tawar Minyak Enjin Motosikal Dan Kereta

JDT Lubricants Di Stadium Sultan Ibrahim, Tawar Minyak Enjin Motosikal Dan Kereta

02/11/2026
0

JOHOR BAHRU - Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT) terus memperluaskan jenamanya dalam industri automotif menerusi JDT Lubricants yang menawarkan...

Zahid Luah Rasa Sedih Dua Wartawan Kemalangan Dalam Perjalanan Buat Liputan Di Bagan Datuk

Zahid Luah Rasa Sedih Dua Wartawan Kemalangan Dalam Perjalanan Buat Liputan Di Bagan Datuk

25/10/2026
0

BAGAN DATUK - Dua petugas media daripada Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) dan New Straits Times (NST) terlibat dalam kemalangan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd