Friday, July 19, 2024

Creating liberating content

Perompak Potong Telinga Isteri...

POLIS telah melancarkan satu operasi memburu empat penjenayah secara besar-besaran yang melakukan satu...

Masjid Perancis Buat Rumah...

PARIS - Beratus-ratus masjid di serata Perancis mengadakan rumah terbuka hujung minggu lalu,...

UMNO Pahang Nyatakan Sokongan...

KUANTAN - UMNO Pahang menyatakan sokongan penuh kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr....

‘Total Lockdown’ Kerajaan Agak...

Dari Facebook Zahid HamidiPELAKSANAAN 'total lockdown' kerajaan bermula 1 Jun 2021 agak mengelirukan.Diisytihar...

Rafizi Syok Sendiri?

Rafizi Ramli yang menawarkan diri bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR bagi sesi 2022 – 2025 mula melancarkan perang saraf.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Menuduh wujud “warlords” dalam PKR yang mempengaruhi pemilihan lepas serta kumpulan yang mengaku pilihan Anwar Ibrahim.

Begitulah cara Rafizi berpolitik. Semudah A, B, C melemparkan tuduhan, mencipta naratif dan menjulang diri.

Beliau tidak peduli asalkan objektifnya tercapai. Saksikan rakan parti politik sendiri tidak terkecuali menjadi mangsa.

Menuduh wujud “warlords” dalam PKR mempengaruhi pemilihan lepas, tetapi Rafizi sendiri kelihatan cuba mempengaruhi pemilihan kali ini.

Membayangkan PKR akan lebih hebat jika kumpulannya dipilih bukankah itu juga perbuatan untuk mempengaruhi.

Rafizi seterusnya meminta ahli PKR memilih pimpinan berdasarkan prestasi, pendirian dan hala tuju seseorang calon.

Tetapi bukankah Rafizi ‘bersembunyi’ daripada politik semasa PKR sedang gagal mentadbir negara dengan baik?

Bukankah Rafizi mengumumkan bersara daripada politik semasa rakyat mendesak PKR menunaikan segala janji dan formula-formulanya?

Rafizi yang tiba-tiba memunculkan diri untuk bertanding sepatutnya malu berkata tentang prestasi, pendirian dan hala tuju.


Rafizi menjulang pendiriannya adalah PKR perlu agresif dalam melawan rasuah dan kelemahan pentadbiran kerajaan.

“PKR perlu kreatif dalam mengupas masalah masyarakat dan membentangkan penyelesaian alternatif untuk meyakinkan rakyat”

Kata-kata itu mungkin secara tersirat bermaksud pilihlah Rafizi yang berjaya membangkitkan isu Sapura Engery dan menghentam Najib Razak.

Tetapi Rafizi silap. Rakyat hari ini bukan rakyat PRU-14. Rakyat hari ini sudah tahu antara auta dan fakta politik. Kisah 9 Mei 2018 telah mematangkan rakyat.

Rakyat sudah serik hanya kerana percaya pada hasutan membenci kerajaan BN mereka terpaksa menanggung kekalutan hingga hari ini.

Lebih-lebih lagi Najib Razak yang menjadi punca serangan Rafizi bukan lagi Najib Razak yang dulu. Isu Sapura Energy ditepis kemas oleh Najib Razak.

Mungkin Rafizi sedang syok sendiri dan tidak sedar serangannya terhadap Najib Razak dalam isu Sapura Enegry sebenarnya langkah “backfire”.

Malah Rafizi telah memberi imej buruk kepada PKR kerana segala tuduhan yang gagal oleh Rafizi keatas Najib Razak masih dilihat sebagai suara PKR.

Mynewshub-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori