Wednesday, May 1, 2024

Creating liberating content

Kes Kehamilan Remaja Sarawak...

KUCHING - Kes kehamilan dalam kalangan remaja di Sarawak menunjukkan penurunan daripada 4,078...

Anwar Pulang Ke Tambun...

IPOH: Selepas lapan hari dilantik sebagai Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dijadual...

Polis Nafi Sebaran Whatsapp...

KOTA KINABALU - Polis Sabah hari ini menafikan dakwan kononnya terdapat ancaman kumpulan...

Semakin Ramai Generasi Belia...

KUALA LUMPUR - Semakin ramai generasi belia kini bekerja secara bebas disebabkan fleksibilitinya...

Politik Matang Atau Politik Liberal?

Terhibur membaca kenyataan Syed Saddiq Assalamualaikum, Da Jia Hao, Eppadi Irukinge Vanakam membelasah bekas partinya sendiri Bersatu.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Ini ibarat meludah ke langit jatuh ke muka sendiri. Bukankah itulah parti politik yang beliau julang tinggi sebelum menubuhkan parti baru MUDA.

Agak-agaknya apa pula Syed Saddiq akan katakan yang buruk tentang MUDA sekiranya beliau dipecat pula sebagai ahli parti itu selepas ini.

Sebenarnya tidak perlu ambil kisah sangat tentang pertelingkahan Syed Saddiq Assalamualaikum, Da Jia Hao, Eppadi Irukinge Vanakam.

Yang menarik perlu diambil tahu tentang kritikan Ahli Parlimen Muar itu terhadap pihak yang kebimbangan tentang liberal dan nasib Melayu.

Beliau mendakwa kenyataan seperti itu mahu menimbulkan ketakutan, keresahan dan rasa tidak yakin Melayu terhadap parti politik seperti MUDA.

Persoalannya mengapakah parti MUDA akan ditakuti dan ditolak oleh Melayu yang bimbangkan tentang liberal dan masa depan mereka?

Syed Saddiq mendakwa kerana MUDA mebawa idea dan politik matang, jadi idea dan politik matang yang bagaimana sehingga ditolak Melayu?

Beliau seterusnya mendakwa kenyataan Melayu perlu dilindungi adalah politik lama dan lapuk kerana ramai orang Melayu yang susah hari ini.

Menurut beliau orang Melayu masih tidak dapat menikmati kehidupan mewah seperti dilihat pada ahli politik yang lama dan lapuk.


Persoalan pertama adakah Syed Saddiq akan dapat memastikan setiap orang Melayu memiliki rumah dan kereta mewah jika beliau jadi kerajaan semula?

Persoalan kedua adakah orang Melayu akan hidup mewah jika mereka tidak lagi dlindungi sedangkan semasa dilindungi pun mustahil untuk memastikan semua hidup mewah?

Syed Saddiq Assalamualaikum, Da Jia Hao, Eppadi Irukinge Vanakam sebenarnya berlebih-lebih dalam perkara itu kerana realitinya ramai saja Melayu yang hidup mewah.

Para usahawan berjaya, pekerja kelas atasan, para pegawai tinggi kerajaan dan ramai lagi yang menjana banyak pendapatan apakah itu semua bukan Melayu?

Syed Saddiq Assalamualaikum, Da Jia Hao, Eppadi Irukinge Vanakam sendiri mendapat pendidikan hasil air tangan politik yang beliau gelar sebagai lama dan lapuk tersebut.

Jika bukan kerana dasar Melayu dilindungi politik lama dan lapuk tersebut entah di mana Syed Saddiq Assalamualaikum, Da Jia Hao, Eppadi Irukinge Vanakam ketika ini.

Sebenarnya bukanlah sesuatu yang menghairankan apabila Syed Saddiq kelihatan sensitif apabila ada yang berkata tentang melindungi Melayu.

Bukankah Syed Saddiq semasa menjadi Menteri kerajaan Pakatan Harapan menegaskan zaman ketuanan Melayu telah berakhir.

Beliau juga sangat rapat dengan DAP yang memperjuangkan agenda Malaysia Malaysian dan pernah didakwa menggunakan khidmat aktivis LGBT sebagai pegawainya.

Mynewshub-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori