• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Tubuh Pasukan Khas Siasat Kes Tahanan Lari

oleh AK-47
20/04/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kedah menubuhkan pasukan khas siasat kes tahanan Depot Tahanan Sementara Imigresen Relau, di sini, melarikan diri dalam kejadian kira-kira jam 4.30 pagi, Rabu.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Ketua Polis Kedah, Komisioner Wan Hassan Wan Ahmad berkata, pasukan khas berkenaan ditubuhkan untuk mengendalikan kes tahanan melarikan diri dan merusuh di Kawasan depot terbabit.

Katanya, pasukan terbabit akan diketuai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kedah, Datuk G Suresh Kumar melibatkan 13 pegawai dan anggota.

“Pasukan khas terbabit akan melakukan siasatan dan mengenalpasti apakah masalah ataupun elemen yang menyebabkan berlakunya kejadian tahanan melarikan diri daripada depot tahan tersebut.

“Selain itu, kita turut melancarkan Op Cantas yang turut membabitkan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang untuk mengesan tahanan masih bebas,” katanya pada sidang media di IPK Kedah, di sini, pada Rabu.

Tambah beliau, sebanyak empat sekatan jalan raya (SJR) turut dilakukan di Bandar Baharu, empat lagi SJR Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang dan lima SJR di Kawasan Kulim bagi mengesan saki baki tahanan melarikan diri.

Ketua Polis Kedah, Komisioner Wan Hassan Wan Ahmad pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Kedah pada Rabu.

Katanya, setakat ini, seramai 357 tahanan berjaya ditahan semula hasil tindakan pantas dan makluman diterima, manakala seramai 171 individu termasuklah 12 kanak-kanak lelaki masih belum ditemui dan sedang diburu.

“Enam tahanan terdiri daripada dua lelaki serta dua wanita dewasa dan masing-masing seorang kanak-kanak lelaki dan seorang perempuan dilaporkan meninggal dunia dalam kemalangan ketika cuba melintas jalan,”katanya.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan, operasi akan diteruskan hingga berjaya menahan semula semua saki baki tahanan yang melarikan diri tersebut.

Wan Hassan memberitahu, siasatan mendapati ada sebilangan tahanan yang bolos dipercayai menahan dan menumpang kenderaan orang awam.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang awam supaya tidak melindungi tahanan yang melarikan diri daripada depot tahanan sementara terbabit.

“Jadi, saya minta kerjasama daripada masyarakat supaya menghubungi pihak polis sekiranya mengenalpasti tahanan disebabkan bimbang mereka bertindak luar kawalan dengan melakukan jenayah,” katanya.

-Sinar Harian

Tags: Depotlarikan diripasukan khasPatipolissiasat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

28/03/2026
0

IPOH: Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes disyaki curi kabel di Jalan Pakatan Jaya, Taman Pakatan Jaya...

Apa Status Ribuan PATI Yang Ditangkap, Adakah Semua Dihantar Pulang? – Iskandar

Apa Status Ribuan PATI Yang Ditangkap, Adakah Semua Dihantar Pulang? – Iskandar

20/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Pusat Sumber Untuk Kemajuan Masyarakat dan Perumahan (REACH) memuji Jabatan Imigresen melaksanakan operasi besar-besaran terhadap...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd