• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 9, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pencarian China Eastern Berakhir, 49,000 Serpihan Pesawat Ditemui

oleh Mohd Arshad
01/04/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BEIJING : Operasi mencari bangkai pesawat Boeing 737-800 milik China Eastern Airlines (China Eastern) yang terhempas minggu lalu kini selesai selepas lebih 49,000 serpihan ditemui.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Pesawat MU5735 yang menjunam dari ketinggian 29,000 kaki di kawasan pergunungan wilayah Guangxi itu mengorbankan kesemua 132 penumpang dan kru.

Kesan daripada nahas itu menyebabkan pembentukan kawah sedalam 20 meter selain kebakaran di sekitar kawasan hutan.

Ia turut menyebabkan bangkai pesawat berselerakan di kawasan yang sangat luas selain turut tertimbus di dalam tanah.

Menurut Pengarah Keselamatan Penerbangan bagi Pentadbiran Penerbangan Awam China, Zhu Tao, bahagian penting termasuk enjin, alat penstabil dan sisa hujung sayap kanan pesawat berjaya ditemui selepas hampir 10 hari pencarian dilakukan.

Siasatan mengenai punca nahas berdepan beberapa cabaran, antaranya pesawat yang menjunam tanpa amaran, kegagalan pusat kawalan udara mendapat maklum balas daripada juruterbang dan serpihan pesawat yang terlalu kecil.

Pegawai kerajaan Guangxi mengesahkan lebih 22,000 meter padu tanah digali dan 49,117 serpihan pesawat dijumpai.

Usaha mencari menjadi bertambah sukar akibat hujan dan keadaan berlumpur di lokasi yang terpencil lagi curam.

Dua kotak hitam mengandungi data rakaman penerbangan dan rakaman suara kokpit sudah dihantar ke Beijing bagi tujuan analisis dan pemeriksaan.

Zhu berkata laporan pencarian awal akan disiapkan dalam tempoh 30 hari selepas nahas pada 21 Mac itu.

-Berita Harian

Tags: China EasternPesawat Terhempas
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Abdul Hadi Pula Dijangka Bertemu Tun Mahathir

Next Post

Saifuddin Umum Tanding Timbalan Presiden PKR

Related Posts

Pesawat Air India Bawa Lebih 200 Penumpang Terhempas

Pesawat Air India Bawa Lebih 200 Penumpang Terhempas

12/06/2025
0

NEW DELHI - Sebuah pesawat milik Air India yang membawa lebih 200 penumpang dilaporkan terhempas berhampiran lapangan terbang di bandar...

Pesawat Terhempas Di Brazil, 61 Terbunuh

Pesawat Terhempas Di Brazil, 61 Terbunuh

10/08/2024
0

SAO PAULO : Sekurang-kurangnya 61 orang terkorban selepas sebuah pesawat turboprop terhempas berhampiran Sao Paulo, Brazil, semalam. IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB...

Next Post

Saifuddin Umum Tanding Timbalan Presiden PKR

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd