• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Paxlovid Bukan Pengganti Vaksin COVID-19 – Pakar

oleh Mohd Arshad
18/04/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Ubat antiviral Paxlovid keluaran Pfizer yang akan digunakan di negara ini, bukan pengganti kepada vaksin COVID-19.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Pakar Perubatan Penyakit Berjangkit Hospital Sungai Buloh, Dr Yasmin Mohamed Gani menegaskan Paxlovid hanyalah satu lagi ‘senjata’ yang diberi terutama kepada pesakit berisiko tinggi dan komorbid.

“Walaupun sekarang ini kita sedang mengalami Omicron yang sedang berleluasa seluruh dunia, keberkesanan pengambilan vaksin COVID-19 untuk mencegahnya… cegah daripada pesakit kategori dua ke tiga atau empat ke lima sangat bagus sekitar 75 peratus berkesan.

“Kalau kita lihat sekarang pesakit yang masuk ke hospital sangat sedikit. Kebanyakan hanya kategori satu atau dua dan banyak jalani kuarantin di rumah, jadi ini hasil pemberian vaksin yang mana mencegah lebih baik daripada merawat.

“Nasihat saya untuk semua, ubat antiviral Paxlovid ini bukan pengganti kepada vaksin COVID-19. Ia hanyalah pil, ‘senjata’ tambahan selain prosedur operasi standard (SOP) atau pemberian vaksin yang kita praktikkan sekarang ini,” katanya hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kebimbangan wujud tanggapan bahawa ubat antiviral yang dibawa masuk kerajaan itu sebagai pengganti kepada vaksin dan SOP berkait COVID-19 di negara ini.

Malaysia menerima sebanyak 48,000 stok ubat antiviral, Paxlovid keluaran Pfizer, bagi merawat penyakit COVID-19 menerusi penghantaran fasa pertama pada 9 April lalu.

Keutamaan ubat antiviral ini dalam rawatan jangkitan COVID-19 akan diberikan kepada pesakit warga emas, pesakit memiliki pelbagai komorbid dan masalah sistem imun selain kepada individu berumur 18 tahun ke atas termasuk tidak memerlukan terapi oksigen.

Dr Yasmin berkata Paxlovid hanya boleh dipreskripsi kepada pesakit selepas mendapat kebenaran doktor.

“Paxlovid ini bukan boleh diambil begitu saja, mesti bincang dahulu dengan pihak yang menyedia ubat supaya doktor tahu pesakit juga ada mengambil ubat lain dan bagaimana kesesuaian ubat terbabit dengan Paxlovid jika diambil bersama dan kesannya,” katanya.

-Berita Harian

Tags: Covid-19PaxlovidVaksin
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Enam Tahanan Reman Mengaku Tidak Salah Larikan Diri

Next Post

6,623 Kes Baru Covid-19, Terendah Sejak 3 Feb

Related Posts

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

24/05/2025
0

ISTANBUL - Perancis mengesan empat kes melibatkan varian baharu Covid-19 dikenali sebagai NB.1.8.1 buat kali pertama, lapor Anadolu Ajansi. Empat...

Next Post

6,623 Kes Baru Covid-19, Terendah Sejak 3 Feb

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd